• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / UK Lancar Kawasaki Z900 SE (2022) dengan Suspensi, Brek Dipertingkat, Harga Mula RM61k

UK Lancar Kawasaki Z900 SE (2022) dengan Suspensi, Brek Dipertingkat, Harga Mula RM61k

September 23, 2021 By Wahid Leave a Comment

259
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI memperkenalkan Z900 SE (2022) versi dipertingkat yang akan menyertai barisan model baharu jenama itu bermula November ini.

Walaupu enjin 4-silinder sebaris sama seperti model standard, tetapi model SE ini dibekalkan komponen brek Brembo dan suspensi Öhlins. Rekabentuk juga diperbaharui seiring konsep 'Sugomi' seperti diterapkan pada beberapa model Kawasaki lain.

kawasaki-z900-se-2022-2
kawasaki-z900-se-2022-9

Apa menarik mengenai Z900 SE (2022) ini?

  • Dijana enjin 4-lejang 16-injap 4-silinder sebaris 948cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 123hp 9,500rpm @ dan tork 98.6Nm @ 7,700rpm, manakala transmisi manual 6-kelajuan.
  • Ditawarkan dalam satu warna, Metalllic Spark Black/Candy Lime Green (hitam-hijau).
  • Menggunakan dwi brek cakera semi apung Brembo 300mm di depan dengan kaliper monoblok dual-radial 4-piston Brembo Monobloc M4.32. Brek belakang menggunakan brek cakera tunggal 250mm dengan kaliper piston tunggal.
  • Suspensi menggunakan fork terbalik (USD) 41mm di depan yang dipertingkat prestasis, dan boleh laras sepenuhnya untuk prabeban dengan redaman mampatan dan lantunan, lebih baik daripada model standard yang hanya boleh laras prabeban dengan redaman lantunan.
  • Menggunakan frem trellis dan keluli tegangan tinggi
  • Suspensi belakang monoshock jenis Öhlins S46, juga boleh laras prabeban yang berasingan, seperti model Z900RS SE yang dilancarkan baru-baru ini.
  • Mempunyai ciri elektronik seperti kawalan traksi (KTRS) dalam tiga mod, dan Mod Kuasa berasingan. Juga dilengkapi klac antigelincir  (slipper clutch) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Tinggi pelana 820mm, berat kerb 213kg, kapasiti tangki 17 liter dan jarak lega bumi 145mm.
  • Saiz tayar 120/70ZR 17M/C (depan), dan 180/55ZR 17M/C (belakang).
  • Kawasaki sebelum ini agak ketinggalan dari segi panel meter kerana masih menggunakan paparan LCD. Model ini pula menggunakan skrin TFT, siap dengan pautan Bluetooth ke aplikasi Kawasaki Rideology.
  • Harga jualan £10,749 (RM61,610) untuk varian SE, dan £11,699 (RM67,060) untuk Performance di pasaran Britain.

BACA >>> Eropah Lancar Kawasaki Z900RS SE (2022) dengan Warna 'Yellow Ball'
BACA >>> Kawasaki Eropah Lancar Z900 SE (2022), Harga Mula RM61.5k!

kawasaki-z900-se-2022-9
kawasaki-z900-se-2022-2
kawasaki-z900-se-2022-3
kawasaki-z900-se-2022-1
kawasaki-z900-se-2022-4
kawasaki-z900-se-2022-5
kawasaki-z900-se-2022-6
kawasaki-z900-se-2022-7
kawasaki-z900-se-2022-8
kawasaki-z900-se-2022-10
kawasaki-z900-se-2022-11

Related

259
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki, Kawasaki Z900 SE (2022), naked bike, roda2, streetfighter, Supernaked

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev