• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Lancar Fiesta (2022) Facelift, Ada Varian Van dan ST yang Berprestasi Tinggi

Ford Lancar Fiesta (2022) Facelift, Ada Varian Van dan ST yang Berprestasi Tinggi

September 17, 2021 By Shawkath Leave a Comment

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD secara rasmi melancarkan Fiesta versi dipertingkat (facelift) membabitkan perubahan rekabentuk luaran, dalaman dan beberapa aspek lain.

Fiesta (2022) facelift ditawarkan dalam enam varian: Trend, Titanium, ST-Line, Active, servis Van dan varian prestasi tinggi, ST.

Berikut perincian Fiesta (2022) facelift:

  • Model generasi ketujuh itu menerima perubahan rekaan bampar depan, gril, lampu utama dan pilihan lampu LED Matrik.
  • Setiap versi ada pilihan rim dan rekabentuk luaran tersendiri. Ford juga memperkenalkan dua pilihan warna baharu: Boundless Blue (biru) dan Beautiful Berry (merah hati).

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Lampu Depan Adaptif LED Matriks yang Perlu Anda Tahu

2022_Ford_Fiesta_Van_2
2022_Ford_Fiesta_Van_5
  • Tarikan utama ruang kabin ialah unit infotainment skrin sentuh 8 inci di tengah papan pemuka yang dilengkapi sistem operasi SYNC 3.
  • Instrumen meter digital 12.3 inci pula boleh menukar paparan mengikut mod pemanduan.
  • Dijana trenkuasa 3-silinder 1.0L EcoBoost berkuasa 100hp.

BACA >>> Ford Motor Tutup Operasi Kilang di India Selepas Rugi Lebih RM8 bilion

  • Varian lebih tinggi menggunakan trenkuasa hibrid ringan dengan bekalan kuasa 48V, unit generator dan pemula tali sawat dengan dua tahap output kuasa: 125hp dan 155hp.
  • Hantaran kuasa ke roda dibuat dengan bantuan sistem transmisi manual 6-kelajuan atau klac kembar (DCT) Powershift 7-kelajuan.
  • Ada tiga mod pemanduan: Normal, Sport dan Eco untuk varian standard. Ford turut memberikan mod tambahan, iaitu Trail dan Slippery pada varian Fiesta Active dan mode Track untuk Fiesta ST.
  • Aspek keselamatan menerima tambahan ciri amaran trafik lintas belakang (RCTA) , dan amaran titik buta (BSW).
  • Pelanggan juga diberi opsyen sistem audio Bang & Olufsen dengan 10 unit pembesar suara sistem 575w.

BACA >>> 91 Tahun Setia Satu Jenama, Ford Hadiahkan Mustang Mach-E kepada Atuk 101 Tahun

FORD FIESTA ST

2022_Ford_Fiesta_ST_3
2022_Ford_Fiesta_ST_4

ST ialah varian prestasi tinggi untuk Fiesta. Model ini dilengkapi:

  • Menggunakan trenkuasa 3-silinder 1.5 liter, sama seperti Puma ST.
  • Mampu menghasilkan kuasa 200hp dan tork 320Nm.
  • Menggunakan sistem pacuan roda depan (FWD) dan tranmisi 6-kelajuan dengan opsyen LSD Quaife.

BACA >>> #SembangDeras: Hak Minum Arak Itu Macam Mana?

2022_Ford_Fiesta_ST_interior_3
2022_Ford_Fiesta_ST_interior_7
  • Mode Track berfungsi mengurangkan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), manakala sistem suspensi ditala pasukan Ford Performance.
  • Ada pilihan warna baharu: Mean Green (hijau) dan opsyen rim 17 inci dan 18 inci

BACA >>> Fakta atau Auta: Botol Air Mineral Dalam Kabin Penyebab Kereta Terbakar?

2022_Ford_Fiesta_ST_1
2022_Ford_Fiesta_ST_interior_10
  • Bahagian kabin menggunakan kerusi sport Fiesta ST yang dibalut material Sensico dan sulaman benang merah. Tambahan lain ialah stereng sport, lencana ST dan kemasan kabin efek gentian karbon.

BACA >>> AS Tertinggal 43,000 Ford Ranger, 22,000 Humvee Di Afghanistan
BACA >>> Kajian: WHO Cadang Halaju 30kmj untuk Kawasan Bandar
BACA >>> #TahukahAnda: 3 Sebab Kenapa Cermin Kereta Perlu Kerap Dibersihkan
BACA >>> Lelaki Ini Menabung Lebih Setahun untuk Beli Motosikal Tunai, 5 Jam Baru Selesai Kira

2022_Ford_Fiesta_Range
2022_Ford_Fiesta_Van_2
2022_Ford_Fiesta_Van_5
2022_Ford_Fiesta_Van_9
2022_Ford_Fiesta_ST_7
2022_Ford_Fiesta_ST_interior_10
2022_Ford_Fiesta_ST_interior_3
2022_Ford_Fiesta_ST_interior_7
2022_Ford_Fiesta_ST_5
2022_Ford_Fiesta_ST_1
2022_Ford_Fiesta_ST_3
2022_Ford_Fiesta_ST_4

SUMBER: Zing

Related

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: autoterkini, Ford, Ford Fiesta, Ford Fiesta (2022), Ford Fiesta (2022) Facelift, Ford Fiesta ST, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev