• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Jamin Rakan Strategik Ada Stok Lesen Memandu, Cukai Jalan Sampai Hujung Tahun

JPJ Jamin Rakan Strategik Ada Stok Lesen Memandu, Cukai Jalan Sampai Hujung Tahun

September 15, 2021 By Shawkath Leave a Comment

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan stok dokumen membabitkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang ada pada tiga rakan strategik adalah mencukupi sehingga 31 Disember 2021.

Tiga rakan strategik JPJ itu ialah Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom), Pos Malaysia dan MY E.G. Services Bhd. (MyEG). Malah JPJ juga memberi jaminan pembekalan dan pengedaran stok LMM dan LKM.

BACA >>> Lanjut Tempoh Perbaharui Lesen, Cukai Jalan Sehingga 31 Disember 2021, Boleh Walk-in Di JPJ
BACA >>> Boleh Perbaharui Lesen, Cukai Jalan di Puspakom Bermula Hari Ini

jpj lawat puspakom - 0
jpj lawat puspakom - 1

Sepanjang Ogos lalu, JPJ sudah membekalkan jumlah stok LMM dan LKM kepada rakan strategik seperti berikut:

MyEG

  • LKM Motokar: 450,000
  • LKM Motosikal: 8,400 
  • LMM: 6,600 

Pos Malaysia 

  • LKM Motokar: 385,000 
  • LKM Motosikal: 287,999 
  • LMM: 300,000 

Puspakom

  • LKM Motokar: 5,500

JPJ juga mengesahkan bahawa sehingg Selasa lalu (14 September 2021, semalam), baki stok dokumen terkawal adalah mencukupi untuk menampung keperluan urusan pembaharuan atau transaksi LKM dan LMM di semua lokasi premis rakan strategik.

BACA >>> Biar Betul Boleh Dapat Lesen Memandu Tanpa Belajar Memandu?

BAKI STOK SEMASA (sehingga 14 September 2021):

MyEG  

  • LKM Motokar: 100,827
  • LKM Motosikal: 10,843 
  • LMM: 26,648 

Pos Malaysia 

  • LKM Motokar: 365,518
  • LKM Motosikal: 142,871
  • LMM: 789,274 

Puspakom

  • LKM Motokar: 11,950

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim turut membuat lawatan mengejut di Pejabat Pos Malaysia, Seri Kembangan di Selangor semalam untuk melihat operasi urus niaga JPJ termasuk pengedaran dan pembekalan stok dokumen LKM dan LMM. Beliau juga melawat rakan strategik Puspakom untuk tujuan sama.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Warna Kereta? Bagaimanakah Cara Daftar JPJ?
BACA >>> Tular Kereta JPJ Lawan Arus, Siapa Nak Saman?
BACA >>> Mangsa Banjir Titi Hayun Boleh Ganti Dokumen Lesen, Geran Percuma di JPJ

SUMBER: Bernama | JPJ

Related

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: cukai jalan, Datuk Zailani Hashim, lesen memandu, lesen memandu Malaysia (LMM), myeg, MyEG Services Bhd, Pos Malaysia, PUSPAKOM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev