• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan S-Cargo - Detik Pelik Terakhir Dalam Sejarah Rekabentuk Kereta

Nissan S-Cargo - Detik Pelik Terakhir Dalam Sejarah Rekabentuk Kereta

November 3, 2016 By Azhan O Leave a Comment

359
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KECANTIKAN adalah perkara paling subjektif di dunia dan bersifat relatif. Dalam dunia automotif, Nissan S-Cargo adalah contoh terbaik untuk menjelaskan tentang kepelikan sesebuah kecantikan kereta. Jika Nissan S-Cargo dilahirkan pada hari ini, anda pasti tidak ragu-ragu lagi memasukkan model itu dalam senarai kereta paling buruk sepanjang zaman. Tetapi perkara itu tidak berlaku ketika ia diperkenalkan sekitar 1989-1991.

Hidup pada 1987 adalah zaman yang mana hampir segalanya adalah mungkin. Di Eropah misalnya, prototaip kereta lumba berapi seperti Ferrari F40 boleh memasuki siri pengeluaran. Sementara itu, di San Francisco, Amerika Syarikat, seorang pereka tatu dan kemeja-T Jepun telah merekabentuk kereta konsep Nissan serba pelik untuk dipamerkan pada Pameran Auto Tokyo 1987.

Menariknya, ramai pengunjung pada masa itu tertarik dengan Nissan S-Cargo dan barisan kereta konsep Nissan yang lain, sekali gus mendorong pengeluar automobil Jepun tersebut menghasilkan kereta konsep itu untuk pasaran domestik.

Nissan Be-1 (1987-1988) terjual 10,000 unit
Nissan Be-1 (1987-1988) terjual 10,000 unit
Nissan Figaro (1991) terjual 8,000 + 12,000 unit
Nissan Figaro (1991) terjual 8,000 + 12,000 unit
Pao (1989-1991) terjual 51,657 unit
Pao (1989-1991) terjual 51,657 unit

Kereta-kereta unik berkenaan dijual secara eksklusif di rangkaian gedung Cherry yang ditubuhkan pada 1970 untuk mengedar kereta subkompak Nissan, dan dibina oleh sepasukan projek khas di Kilang Pike berasaskan Nissan Sunny B11. Model serba pelik itu terdiri daripada Be-1, disusuli S-Cargo yang menarik hati, Pao (tanpa label Nissan di pangkal) yang cool dan Figaro yang mewah.

nissan-s-cargo
Nissan S-Cargo (1989-1992) terjual 8,000 unit

Peliknya, Nissan S-Cargo mendapat sambutan hangat di negara kelahirannya, Jepun sebagai sebuah kenderaan utiliti. Ini dibantu pula trend kei car di Negara Matahari Terbit itu berikutan ruang terhad dalam bandar.

Idea dan lukisan diilhamkan daripada Citroën 2CV Fourgonette dan apa saja objek comel di dunia ini. Nissan S-Cargo datang dengan bangku duduk, roda stereng gaya Citroen, enjin empat-silinder 1.5L bersama transmisi automatik 3-kelajuan dan penyaman udara.

Ciri tambahan lain ialah tingkap lengkung di kedua-dua bahagian pintu dan bumbung kanvas elektrik yang boleh buka-tutup. Lebih aneh ialah cermin depan cembung yang hampir mustahil dapat diganti di kedai cermin biasa. Kini, ramai berpendapat, desain aneh dan pelik seperti S-Cargo sudah tidak dapat diterima lagi pada masa akan datang. Kelahiran model-model kereta Pike boleh dikatakan sebagai momen pelik terakhir yang tidak akan berulang lagi dalam sejarah rekabentuk automobil.

Related

359
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Nissan, Nissan Be-1, Nissan Figuro, Nissan S-Cargo, Pao, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev