• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Motor Tutup Operasi Kilang di India Selepas Rugi Lebih RM8 bilion

Ford Motor Tutup Operasi Kilang di India Selepas Rugi Lebih RM8 bilion

September 13, 2021 By Shawkath Leave a Comment

464
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

FORD Motor mengumumkan keputusan untuk menghentikan semua operasi kilang di India dan akan menamatkan aktiviti pembuatan menjelang tahun depan.

Gergasi automotif Amerika Syarikat itu ada dua kilang pengeluaran di India iaitu di Maraimalai, Tamil Nadu dan satu lagi di Sanand, Gujarat. Ford membuat keputusan itu disebabkan faktor kerugian.

BACA >>> Tuner India Ubah Kereta Ekonomi Korea Jadi Ford Mustang (1969)
BACA >>> Kajian: Satu Daripada Lima Kenderaan Jual Di India Ada Bumbung Suria

Berdasarkan beberapa laporan, Ford dikatakan mengalami jumlah kerugian operasi lebih AS$2 bilion (RM8.3 bilion) sepanjang tempoh 10 tahun.

Presiden dan Pengarah Urusan Ford India, Anurag Mehrotra berkata:

“Pengeluar automotif itu kini mahu mencipta satu bisnes mampan yang boleh memberi keuntungan di India.

“Keputusan itu disokong oleh jumlah kerugian terkumpul sejak bertahun-tahun., lebihan kapasiti dalam industri dan kurang pertumbuhan pasaran kereta di India.”

1250x630_intro_blue
overlay-1

BACA >>> Fiesta India Bakal Muncul, Ford Bina Platform Baharu Lebih Ekonomi

Ford sebenarnya meneroka pasaran India sejak 25 tahun lalu tetapi hanya mempunyai kurang 2 peratus kek pasaran kenderaan berpenumpang dan sukar meraih untung.

Malah permintaan untuk kenderaan baharu jenama Ford agak lemah di India apatah lagi berdepan saingan produk-produk jenama tempatan.

Kilang Sanand akan ditutup menjelang suku terakhir tahun ini manakala operasi di fasiliti Maraimalai pula akan tamat pada suku kedua 2022. Sekitar 4,000 pekerja akan terkesan akibat keputusan tersebut.

Ford ada menyatakan pelan untuk menawarkan kereta premium import (CBU) seperti Mustang Coupe, Ranger dan Mustang Mach-E di India.

Portfolio produk pemasangan tempatan Ford di India merangkumi model seperti Freestyle, Figo, Aspire, EcoSport dan Endeavour. Jualan barisan model itu akan dihentikan sebaik inventori habis.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ford, Jam Farley berkata:

“Saya mahu jelaskan bahawa Ford akan terus menjaga pelanggan-pelanggan di India, bekerja rapat dengan pengedar-pengedar Ford di India iaitu semua yang menyokong pihak syarikat sekian lama.”

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Ute @ Kereta Pikap, Kenapa Begitu Popular di Australia?
BACA >>> Kenapa Jika Ramai Rakyat Brazil Guna Kereta Elektrik, Harga Gula Dunia Turun?
BACA >>> Pencuri UK Sasar Tembaga dalam Kabel Pengecas Kereta Elektrik

SUMBER: NewsByte | Ford India

Related

464
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Anurag Mehrotra, Ford India, Ford Mustang Mach-E, Ford Ranger, Jam Farley, Mustang Coupe

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev