• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sensasi Juara Tenis Terbuka AS, Emma Pernah Lumba Motocross

Sensasi Juara Tenis Terbuka AS, Emma Pernah Lumba Motocross

September 22, 2021 By Wahid Leave a Comment

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SENSASI tenis wanita paling hangat diperbualkan masa kini ialah Emma Raducanu. Namun, ramai tidak tahu, pemain tenis British itu sebenarnya pernah berlumba motocross.

Emma, 18, menjadi terkenal tiba-tiba selepas mengalahkan semua lawannya dalam kejuaraan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS). Walaupun cuma kejuaraan Grand Slam yang kedua bagi dirinya, dia juga tidak pernah kalah walaupun satu set dalam setiap perlawanan diharungi.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Motosikal Motocross, Enduro dan Dwi-Guna?
BACA >>> Kenapa Tidak Ramai Pelumba Motocross yang KO Walaupun Kerap Jatuh Motor?

emma-raducanu-motocross
emma-raducanu-3

Kehandalan Emma membuatkan ramai peminat dan pemerhati tertanya asal-usulnya. Pemain dengan ketinggian 175sm itu ialah anak kepada pasangan dari Romania dan China yang dilahirkan di Toronto, Kanada sebelum berhijrah ke Britain ketika dia berusia 2 tahun.

Emma mula memandu go-kart seawal usia 8 tahun dan bertukar minat kepada sukan lumba motocross ketika berusia 10 tahun.

Dia juga pernah memuat naik sekeping foto dalam akaun Instagram dengan kapsyen;

tbt (throwback to) the good days riding my baby kawa (imbau kembali kenangan saya menunggang kawa kecil)."

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Emma Raducanu (@emmaraducanu)

Malangnya, Raducanu tidak dapat menyambung hasrat sebagai pelumba motocross kerana terpaksa bermain tenis pada masa sama. Bayangkan pula pencapaiannya jika dia masih berlumba motocross hingga sekarang!

Kali pertama Raducanu bermain dalam kejuaraan Grand Slam dalam pertandingan Wimbledon pada Mei lalu sebagai pemain wildcard di kedudukan ke-338. Walaupun bermain baik, tetapi terpaksa menarik diri kerana mengalami sesak nafas.

Namun, dia tidak dapat ditundukkan di Terbuka AS kali ini dengan memenangi perlawanan akhirnya. Pencapaian itu melonjakkan kedudukan ke tempat ke-23 dalam ranking Persatuan Tenis Wanita (WTA). Ingat, itu cuma baru perlawanan Grand Slam kedua buat Raducanu!

 

Related

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Emma Raducanu, go-kart, GrandSlam, motocross, Pemain Tenis British, Tenis, Terbuka AS, US Open

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
  • #TahukahAnda: Apakah Maksud Istilah Pada Label Botol Minyak Enjin?
    #TahukahAnda: Apakah Maksud Istilah Pada Label Botol Minyak Enjin?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev