• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gelabah Tiada Lesen Punya Pasal, Mat Rempit Heret Polis Sampai Parah

Gelabah Tiada Lesen Punya Pasal, Mat Rempit Heret Polis Sampai Parah

September 10, 2021 By Aryon Leave a Comment

533
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GARA-GARA takut kerana tiada lesen memandu, seorang penunggang motosikal nekad melarikan diri dari polis hingga membuatkan dia melanggar seorang polis berpangkat Koperal dan menyeret mangsa hampir 20 meter sebelum terjatuh ke dalam longkang ketika dalam insiden di Penaga, Pulau Pinang, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi apabila beberapa anggota polis mengadakan pemantauan Task Force Op Covid-19 dekat kawasan tersebut dan ternampak seorang lelaki sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

BACA >>> Polis: Penunggang Langgar Pintu Istana Kes Lama, Bukan Ketika Krisis Politik

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, anggota kemudian memperkenalkan diri dan mengarahkan lelaki berkenaan supaya menghentikan motosikal di tepi jalan untuk diperiksa.

Bagaimanapun, lelaki itu bertindak memecut laju dengan menunggang secara berbahaya hingga memaksa anggota polis mengejarnya.

Di satu simpang jalan, motosikal suspek berlanggar dengan motosikal anggota polis berusia 30 tahun hingga menyebabkan dia terseret hampir 20 meter sebelum terjatuh ke dalam longkang. Bagaimanapun suspen dapat ditahan di kawasan berhampiran.

Berdasarkan pemeriksaan dolakukan, suspek berusia 20-an itu tidak membawa barangan salah dan dipercayai melarikan diri kerana tiada lesen memandu. Malah, ujian saringan air kencing juga negatif.

Anggota cedera itu kini dirawat di Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan lanjut akibat patah bahu kanan dan luka badan, manakala suspek mengalami calar badan. Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam.

BACA >>> Pemandu Alza Langgar Polis Bukan Sebab Mabuk
BACA >>> Pelajar Langgar Polis Trafik Kena Jel 3 Bulan, Denda RM5k dan Gantung Lesen 3 Tahun!

SUMBER: HMetro

Related

533
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, Langgar Polis, Menunggang Tiada Lesen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev