• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Modenas Siap Sedia Mahu Lancar Model Motosikal Baharu Esok..

Modenas Siap Sedia Mahu Lancar Model Motosikal Baharu Esok..

September 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

735
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEJAK beberapa lalu, Modenas membuat pengumuman bahawa pihaknya akan melancarkan satu model baharu dengan berkongsi beberapa foto acah dan membuat countdown.

Tidak dinafikan, foto acah bermula dengan memberi petanda bayang-bayang sebuah motosikal berprestasi dan beberapa lagi gambar dengan menonjolkan tona hijau terang.

BACA >>> Modenas Siar Video Acah Ketibaan Model Motosikal Baharu!
BACA >>> #Spyshot: Semi-Naked Bajaj Pulsar 250F Diuji di India, Modenas Bawa Masuk Malaysia?

Semalam Modenas mendedahkan sudut depan motosikal misteri tersebut yang menunjukkan lampu depan seperti terbahagi antara lampu rendah dan tinggi.

Lampu berwarna putih yang amat terang itu dipercayai jenis LED penuh dan memang menawarkan kadar penglihatan lebih baik ketika tunggangan malam.

BACA >>> #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?

241397773_10158369074887224_4684514373777830824_n
241512853_10158369068127224_509285554429215117_n

Foto sebentar tadi pula memaparkan aksi tayar belakang berpusing sambil tanah berterbangan pula nampal lebih dramatik. Pembayang itu menandakan ia suatu motosikal berkuasa mungkin kelas sederhana tinggi dengan trenkuasa DOHC?

Sistem brek belakang pula adalah jenis brek cakera dan nampak dilengkapi teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Turut kelihatan ialah sistem ekzos yang terbahagi dua, seakan gaya Kawasaki Z1000.

Rim dwi-tona model baharu itu pula bercorak seperti kipas lima bilah yang sedang berpusing. Apa sebenarnya model yang Modenas mahu jual kepada orang ramai?

BACA >>> #TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

240667656_10158365613847224_2690540362228628398_n
241556441_10158369066152224_3579415824957618206_n

Berdasarkan semua pembayang itu, kami membuat tekaan liar bahawa motosikal itu ialah Dominar 400 dengan skim warna Aurora Green. Mungkin nama warna diubah mengikut kesesuaian pasaran.  Apa pandangan anda?

Related

735
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Aurora Green, bajaj dominar 400, dominar 400, Modenas, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev