• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Artis Realisasikan Lakaran Motosikal Anime Popular 1988, Akira

Artis Realisasikan Lakaran Motosikal Anime Popular 1988, Akira

September 9, 2021 By Aryon Leave a Comment

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMINAT anime klasik pasti mengingati cerita sains fiksyen Akira dan tahu mengenai motosikal ala hot rod yang ditunggang watak utamanya, Shotaro Kaneda.

Antara menarik perhatian peminat anime itu ialah motosikal Kaneda yang direka cukup kreatif dan futuristik walaupun cerita itu disiarkan lebih tiga dekad lalu, iaitu pada pada 1988.

BACA >>> #BikinMotor: K-Speed Hasilkan Sut Gundam RX-78-2 untuk Honda GROM
BACA >>> Toyota Corolla AE86 GT (1987) Milik Gadis Putus Cinta Ini Dilelong RM271k!

poster-akira-1988
akira-1988

Ramai peminat motosikal cuba menjelma motosikal itu secara realiti. Terbaharu artis konsep, Ryan Hong menghantar lakaran kepada Design Boom untuk dihasilkan secara nyata.

Dengan mengambil ilham motosikal dalam anime asal, Hong turut melakukan perubahan terhadap beberapa aspek yang dirasakan tidak praktikai bagi jentera dunia sebenar.

Rekacipta Hong itu dijana sumber elektrik sepenuhnya dengan kombinasi satu bateri tetap dan dua bateri boleh ubah (swappable). Bagi mengekalkan bateri kekal sejuk, dia memasang penyejuk nitrogen supaya dual motor yang digunakan sentiasa dalam suhu rendah walaupun ditunggang pada rev tinggi. Penyejuk itu boleh jadi  terdapat pada dua kanister di belakang yang nampak seakan paip ekzos.

Keseluruhan rekabentuk badan menggunakan struktur aerodinamik. Bahagian panjang seperti jet pejuang dan visor angin ditanggalkan. Sebaliknya ciri aerodinamik dibuat sekeliling lampu utama dan sayap kanard atas badan. Ambilan udara di depan dihalakan ke sisi badan untuk menyejukkan bateri.

motosikal-akira-5
motosikal-akira-4

Penunggang pula diberikan paparan navigasi GPS untuk memaparkan arah lokasi. Bagaimanapun, tiada paparan spidometer atau tahap bateri.

Walaupun nampak seperti motosikal sebenar, tetapi motosikal ini sebenarnya adalah lakaran resolusi tinggi.

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Manga Permotoran (Selain Initial D) yang Anda Mungkin Tidak Tahu
BACA >>> Yamaha Guna Manga Sebagai Medium Pemasaran Produk di Jepun (Semakin di Depan)

motosikal-akira-1
motosikal-akira-2
motosikal-akira-3
motosikal-akira-4
motosikal-akira-5
motosikal-akira-6

Related

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Akira, Akira (1988), Anime Akira, hot rod, Lakaran Resolusi Tinggi, rendering, roda2, Ryan Hong, Shotaro Kaneda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev