TATA Motors melancarkan sedan kompak elektrik, Tigor EV pada harga bermula 1,199,000 rupee (RM67,710) dengan jarak pemanduan maksimum hingga 306km.
BACA >>> Azani - Hypercar Elektrik Pertama India Sekuat 1,000hp, Sepantas 322kmj
BACA >>> Komaki XGT X5 - Skuter Elektrik untuk Penunggang OKU, Warga Emas India
Berikut perincian mengenai Tigor EV:
- Didatangkan dalam tiga varian pada harga seperti berikut:
- XE - 1,199,000 rupee (RM67,710)
- XM - 1,249,000 rupee (RM70,540)
- XZ+ - 1,299,000 rupee (RM73,370) | Dual-Tone - 1,314,000 rupee (RM74,220)
- Tempahan kini dibuka dengan deposit serendah 21,000 rupee (RM1,190)
- Ada dua pilihan warna ditawarkan, Teal Blue (biru), dan Daytona Grey (kelabu)
- Trenkuasa elektrik menggunakan jenama Ziptron yang turut menjadi nadi Nexon EV, iaitu model kenderaan utiliti sukan (SUV) buatan Tata Motors.
- Sedan EV ini menggunakan pek bateri litium-ion 26kWh yang dipadankan dengan motor elektrik 55kW berkuasa 74hp dan tork 170Nm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 5.7 saat.
- Juga memiliki ciri pengecasan pantas yang membolehkan model ini dicas 0-80 peratus dalam masa kurang sejam, manakala jika menggunakan pengecas 15A, masa diambil untuk mengecas 0-80 peratus ialah 8.5 jam.
- Tata Motors mendakwa sedan ini mampu dipandu sejauh 306km untuk isian cas penuh, menurut ujian dilakukan Persatuan Kajian Automotif India (ARAI).
- Bagaiamanapun, ujian ARAI itu dibuat dalam kondisi ideal dan bukan ujian atas jalan sebenar. Jadi jarak pemanduan mungkin sedikit berkurangan.
- Antara ciri luaran dimiliki ialah lampu siang (DRL) LED, lampu belakangL ED, aksen berwarna, rim aloi baharu, gril depan baharu dengan rekaan tiga panah, antena sirip jerung, dan cermin sisi elektrik.
- Ciri moden dalaman pula dilengkapi unit infotainment skrin sentuh 7 inci, kluster instrumen digital, penyaman udara kawalan iklim automatik, pengecas USB, stereng dengan butang kawalan, kawalan jelajah, teknologi iRA untuk kawalan wayarles bagi fungsi kereta dengan 30+ ciri konektiviti.
- Kapasiti but 316 liter.
- Tigor EV juga selamat dipandu apabila mendapat rating empat bintang dalam ujian perlanggaran GNCAP (Global NCAP) dengan dilengkapi ciri keselamatan seperti, dua beg udara, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX, pengingat tali keledar, Bantuan Mula Daki (HSA) dan Bantuan Turun Bukit (HDA).
- Setiap pembelian diberikan waranti lapan tahun atau 160,000km untuk pek bateri. Bagaimanapun, waranti untuk kereta cuma tiga tahun atau 125,000km.
BACA >>> Harga Kereta Elektrik Turun Hampir 50 Peratus di China, Dapat Beli Semurah RM8.3k
BACA >>> Jalan Raya Magnetik - Pandu Saja Sudah Boleh Cas Bateri Kereta Elektrik
Leave a Reply