• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / #TahukahAnda: Kenapa Rim Aloi Ada Lubang?

#TahukahAnda: Kenapa Rim Aloi Ada Lubang?

September 7, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda nampak ada lubang di tengah rim aloi (dram atau hab rim), itu bukanlah bermaksud rosak atau mengalami kecacatan pembuatan, tetapi ada fungsi tersendiri.

Lubang itu sebenarnya dibentuk pada rim aloi atau rim sport, termasuk untuk kegunaan sukan permotoran adalah untuk membantu proses pelepasan haba.

BACA >>> 10 Rekabentuk Rim Sport Aftermarket Paling Ikonik
BACA >>> Rim Aloi atau Besi? Ujian Tekanan Hidraulik Tentukan Rim Mana Satu Lebih Kuat!

Racing Boy Rim - 0
Racing Boy Rim - 1

Kebanyakan rim sama ada unit aftermarket atau dipasang pada skuter ada lubang tersebut, dan mungkin berbeza bentuk, tetapi tujuannya kekal sama.

Dipetik portal Motorplus-Online, pegawai dan pengurus JRF Racing, Ahmad Junaedi berkata;

Lubang di tengah sport rim lumba ada fungsi untuk membantu pelepasan haba dalam rim.

“Ini kerana ketika menunggang, rim berpusing berterusan dengan pantas dan boleh menyebabkan gandar mengembang. Jadi, lubang pada rim itu membantu haba panas keluar.”

Menurutnya, haba panas boleh terbentuk dalam rim daripada dua komponen utama, iaitu gandar dan brek belakang ketika membrek. Jadi lubang itu membantu menyejukkan komponen pada roda belakang ketika berputar dengan mengalir masuk angin sejuk dan melepaskan angin panas. Pembebasan haba panas itu secara tidak langsung membantu memanjangkan jangka hayat cat rim.

Aliran udara akan menyejukkan semula rim dan ini bukan hanya untuk rim standard tetapi juga untuk produk aftermarket. Selain itu, potongan logam bersaiz kecil itu turut membantu mengurangkan berat rim.”

Lubang pada rim tidak sama bagi setiap pengeluar komponen dan ada pengeluar seperti menempatkan lubang pada bahagian jejari rim aloi.

SUMBER: Motorplus-Online | RCB

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: Ahmad Junaedi, aksesori, Lubang Pada Rim Motosikal, Racing Boy (RCB), rim aloi, sport rim, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev