• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Getah Bunga Dandelion Ganti Pokok Getah untuk Hasilkan Tayar Mesra Alam?

Getah Bunga Dandelion Ganti Pokok Getah untuk Hasilkan Tayar Mesra Alam?

September 7, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POKOK bunga Dandelion yang dikatakan antara tumbuhan tidak disukai ramai pemilik kediaman mungkin menjadi bahan yang akan digunakan dalam pembuatan tayar mesra alam pada masa depan.

Pengeluar tayar, Continental memperkenalkan produk konsep 'tayar hijau', Conti GreenConcept yang mana hampir separuh material digunakan adalah daripada bahan kitar semula atau sumber boleh diperbaharui.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Fakta Menarik Tentang Tayar yang Patut Anda Tahu
BACA >>> Kajian: Tayar Baharu UK Kini Wajib Ada Label Rating, Ramai Pengguna Tidak Tahu

Mengenai sumber boleh diperbaharui, berikut ialah senarai bahan yang bakal digunakan dalam proses penghasilan tayar masa depan:

  • Getah asil daripada pokok bunga dandelion Russian (bunga warna kuning).
  • Silika daripada abu kulit padi.
  • Minyak sayuran dan resin.

Semua bahan itu akan mengurangkan penggunaan material minyak mentah secara signifikan. Selain itu, tayar mesra alam itu juga mengandungi kira-kira 17 peratus kandungan bahan kitar semula seperti keluli, hitam karbon dan poliester daripada botol plastik kitar semula.

Bahan poliester biasanya digunakan untuk menghasilkan selongsong tayar. Menurut Continental, lebih 60 botol plastik boleh digunakan semula untuk mencipta empat unit tayar.
Idea itu tidak kekal lama sebagai konsep kerana Continental merancang memperkenalkan produk tayar ContiRe dengan teknologi itu seawal tahun depan.

Tayar mesra alam itu dikatakan sangat ringan, kira-kira 7.5kg, iaitu 40 peratus lebih ringan daripada tayar konvensional. Pengurangan berat itu disebabkan corak bunga tayar, dinding tayar khas dan selongsong tayar baharu. Corak bunga tayar dibuat menggunakan 100 peratus bahan dipanggil  getah asli Taraxagum.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Berbunyi Selepas Silangkan Tayar?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Bajet Tahan Lebih Lama Berbanding Tayar Prestasi?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Bukan Myvi, Tetapi Banyak Tayar Lori, Treler Tercabut?
BACA >>> Tayar Import Banyak Sangat, AS Nekad Pertahan Produk Tempatan

Jom tonton video kisah tayar bunga Dandelion di bawah ini:

SUMBER: Carscoops

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bunga Dandelion Russian, Continental, Tayar Baharu Continental, Tayar Bunga Dandelion, Tayar Hijau, Tayar Mesra Alam, Tyaar Continental

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my