YAMAHA Motor Vietnam melancarkan kapcai Sirius F1 (2021) versi dipertingkat yang menerima pembaharuan rekabentuk baharu untuk meningkatkan kepuasan pengguna pada masa sama sebagai model pencabar Honda Wave RSX FI.
Kapcai kelas 115cc itu hadir dengan tiga varian pilihan, masing-masing dengan empat warna pilihan. Berikut ialah perincian mengenai Yamaha Sirius F1 (2021):
BACA >>> Yamaha Vietnam Lancar Exciter 155 VVA Edisi 60 Tahun MotoGP, Harga RM9.4k
BACA >>> Yamaha Vietnam Perkenal Empat Versi Exciter Master Street of Art, Monster Energy MotoGP
Varian dan Harga
Sama seperti generasi semasa, Yamaha Sirius FI versi dipertingkat juga kekal dengan tiga versi. Bagaimanapun, harga bagi siri model terbaharu ada peningkatan setengah juta dong (RM91) berbanding model semasa. Harganya adalah seperti berikut:
- Versi rim sukan dan sistem brek cakera depan - 23.69 juta dong (RM4,314)
- Versi rim jejari (spoked) dengan brek cakera depan - 21.84 juta dong (RM3,977)
- Versi rim jejari dan brek dram - 20.84 juta dong (RM3,794)
Warna
- Rim Sukan: Putih, Hitam, Merah dan Oren
- Kedua-dua varian rim jejari: Hitam, Merah, Putih dan Kelabu
Perubahan Desain
- Bahagian depan kapcai Sirius menerima rombakan rekabentuk dengan tambahan set lampu depan yang lebih panjang dan lampu signal membelok rekaan lebih menarik. Lampu depan masih jenis halogen.
- Madgad depan dan panel depan motosikal kini menawarkan desain lebih lembut serta kurang keluk garisan badan berbanding model sebelumnya.
- Instrumen meter masih jenis analog yang memaparkan maklumat asas seperti spidometer, jumlah jarak tunggangan, posisi kedudukan gear dan paras baki minyak petrol.
- Fairing sisi kini lebih tirus dan membantu mengalir keluar udara semasa tunggangan. Malah komponen baharu itu dengan perubahan peg kaki menambah baik sokongan pada kaki penunggang.
- Tempat duduk motosikal itu turut diubah dan menjadi lebih panjang 1 sentimeter (sm) tetapi lebih tirus 0.5sm di bahagian pelana pembonceng.
- Suis memadamkan lampu utama tidak lagi ditawarkan pada model Sirius FL baharu.
- Trenkuasa masih teknologi lama iaitu 4-lejang silinder tunggal SOHC berkapasiti 114cc, menawarkan kuasa 8.7hp @ 7,000rpm dengan tork 9.5Nm pada 5,500rpm. Kotak gear manual 4-kelajuan.
- Sistem suntikan bahan api ditala semula untuk menawarkan penjimatan penggunaan minyak petrol agar lebih efisien.
BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek Atas Jalan Basah Tanpa Bantuan ABS
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Debu Brek Terhasil dan Cara Atasi?
SUMBER: Yamaha Vietnam
Leave a Reply