• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM RC200 (2022) Serba Baharu Juga Bakal Lancar!

KTM RC200 (2022) Serba Baharu Juga Bakal Lancar!

September 7, 2021 By Wahid Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SELEPAS memperkenalkan KTM RC390 (2022) serba baharu, pengeluar motosikal terbesar Eropah itu turut memperkenalkan RC200 (2022) serba baharu.

Seperti barisan model RC125/200/250/390 sebelum ini, RC200 menampilkan rekabentuk sama, seperti fairing utama dua lapis dengan lampu depan dan lampu signal. RC200 baharu ini turut menggunakan tangki 13.7 liter seperti RC390 untuk memberikan jarak tunggangan lebih jauh.

BACA >>> #MotoGP2020: Kejutan Lagi, Giliran Oliveira Pula Beri Podium Juara Buat KTM!

Ciri lain termasuk:

  • Lampu depan jenis LED pada RC390 digantikan jenis reflektor halogen.
  • Panel meter LCD dengan saiz skrin sama seperti RC390.
  • Hendal boleh laras seperti RC390.
  • Fork depan WP Apex, tidak boleh laras.
  • Monoshock belakang WP Apex, tidak boleh laras.
  • Brek cakera depan dan belakang baharu jenis ByBre yang lebih ringan.
  • Rim baharu lebih ringan.
  • Subrrem belakang boleh dipisahkan daripada frem utama.
  • Enjin 4-lejang 4-injap 199.5cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 25.4hp (19kW) dan tork 19.5Nm. Enjin ditala semula untuk memberikan kuasa lebih lancar.
  • Tiada banyak ciri elektronik seperti kawalan traksi, tetapi dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dengan mod Supermoto ABS.
  • Boleh didapati dalam dua pilihan warna, putih-jingga dan hitam/jingga.

Buat pengetahuan anda, KTM juga melancarkan RC125 untuk beberapa pasaran lain. Kini yang tinggal hanyalah RC250 yang belum lagi dilancarkan. Bilakah RC200 (2022) ini akan tiba di Malaysia kelak?

BACA >>> Mahu Bergaya Tapi Bajet Ciput? Pilihlah 4 Sportbike Bawah RM13k Ini
BACA >>> KTM RC390 Baharu (2022) Lancar!

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, KTM, KTM RC200 (2022), naked bike, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my