• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Modenas Siar Video Acah Ketibaan Model Motosikal Baharu!

Modenas Siar Video Acah Ketibaan Model Motosikal Baharu!

September 2, 2021 By Shawkath 1 Comment

526
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MODENAS ada memuat naik satu klip video yang menimbulkan spekulasi bahawa syarikat pengeluar dan pengedar motosikal kebangsaan itu bakal memperkenalkan suatu model baharu.

Klip video berdurasi 11 saat itu memaparkan seorang hos lelaki cuma melafaskan tujuh perkataan dengan enam daripadanya dipercayai tagline model motosikal tersebut.

“Lebih Kuat, Lebih Pantas, Lebih Agresif… nantikan.”

Rakaman video itu mencetuskan pertanyaan daripada rata-rata peminat dengan ada yang menjangkakan Modenas akan tampil dengan produk Bajaj kepada Jaguh V2 sehingga produk skuter Karisma versi dipertingkat.

Paparan klip video itu memberi dua petunjuk pada bahagian bawah sebelah kiri iaitu Powered By Bajaj dan Loved in 70 Countries.

modenas-ninja-250-19
modenas-ninja-250-18

Kedua-dua petunjuk awal itu segera mematikan spekulasi mengenai ketibaan Modenas Ninja 250 SE ABS yang pernah dipertonton di hadapan Tun Mahathir pada tahun 2020.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai sportbike Modenas-Kawasaki walaupun Suzuki Malaysia sudah kembali semula ke pasaran domestik. Begitu juga kisah tentang Supermoped yang ditunggu ramai peminat.

BACA >>> Bajaj Auto Jadi Pengeluar Motosikal Paling Bernilai Dunia
BACA >>> #Spyshot: Semi-Naked Bajaj Pulsar 250F Diuji di India, Modenas Bawa Masuk Malaysia?
BACA >>> Bajaj Siar Poster Acah Avenger Street 180 dengan ABS, Calon Modenas Jaguh?
BACA >>> CEO Modenas: Model Kawasaki-Modenas untuk Bawah 700cc Sahaja, Bajaj Kekal
BACA >>> Kawasaki Hentikan Jualan di Malaysia, Tunggu JV Rasmi dengan Modenas?

Related

526
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Modenas, Modenas Bajaj Model Baharu, Modenas Ninja 250 SE ABS, Supermoped Modenas, Tun Mahathir

Comments

  1. Othman mansor says

    September 3, 2021 at 12:43 PM

    Sesengguh lebih hebat lagi modenas mesti meningkat prestasi kepada motorsikal kapcai 250 selaras dengan pembangunan produk dinamik modenas

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev