• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: VW Polo Terima Anugerah

BERITA AUTO: VW Polo Terima Anugerah

September 10, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

2014 Polo SedanVOLKSWAGEN (VW) Polo sedan dan 1.6L dipilih sebagai pemenang anugerah Perlindungan Penumpang Kanak-kanak Terbaik (COP) untuk kategori Kereta Keluarga Kecil dalam Anugerah Grand Prix 2014 ASEAN NCAP (Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara-negara Asia Tenggara) baru-baru ini.

Dalam ujian dijalankan, barisan model VW Polo versi pemasangan tempatan (CKD) itu berjaya memperoleh 85 markah dan mendapat pengiktirafan 4-bintang standard keselamatan di peringkat global.

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia (VGM), Armin Keller berkata, pihaknya komited untuk memenuhi keperluan dengan menawarkan pengalaman pemanduan yang selamat dan selesa buat semua penumpang, kanak-kanak atau orang dewasa.

Katanya, VGM mahu mengukuhkan lagi aspek keselamatan dalam memastikan semua kenderaan VW menjadi peneraju dalam menawarkan perlindungan, jaminan dan ketenangan ketika berada di atas jalan raya.

Selain mengumumkan keputusan kumpulan terbaharu model-model kenderaan yang diuji berdasarkan kepada standard serantau pada Anugerah Grand Prix 2014, ASEAN NCAP turut menganjurkan Forum Keselamatan Automobil. Forum itu membolehkan pihak-pihak yang terlibat aspek keselamatan jalan raya dan kenderaan berkongsi pengetahuan serta perkembangan mereka.

Berpegang kepada komitmen Volkswagen terhadap aspek keselamatan, semua varian Polo Sedan dan Polo 1.6 CKD dilengkapi pelbagai ciri keselamatan termasuklah dua beg udara hadapan, Intelligent Crash Response System (ICRS), tali pinggang keledar tiga poin standard, Sistem Brek Anti-Kunci  (ABS) dengan Bantuan Brek (BA), Park Distance Control (PDC), pelumpuh elektronik kenderaan serta tingkap kuasa keselamatan pada keempat-empat pintu.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anugerah Grand Prix 2014 ASEAN NCAP, ASEAN NCAP, Polo CKD, VGM, Volkswagen Malaysia, Volkswagen Polo 1.6, Volkswagen Polo sedan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev