• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / TRD Hasilkan Aksesori Untuk Lexus ES (2022), Eksklusif Di Jepun

TRD Hasilkan Aksesori Untuk Lexus ES (2022), Eksklusif Di Jepun

September 1, 2021 By Shawkath Leave a Comment

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TOYOTA Racing Development (TRD) sudah mempertonton beberapa komponen yang dibina khas untuk model sedan Lexus ES. Malangnya, semua komponen untuk model sedan mewah tersebut ditawarkan hanya untuk pasaran Jepun.

Lexus ES nampak lebih agresif selepas dikenakan padanan lip baharu bawah bampar depan, skirt sisi dan diffuser belakang. Tiga komponen itu hadir dengan dua pilihan iaitu siap dicat atau warna asal.

BACA >>> Lexus ES dan RX Facelift Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM300k
BACA >>> MPV Super Mewah Lexus LM350 Lancar di Malaysia, Harga RM1.1j!

TRD-Lexus-ES-3
TRD-Lexus-ES-4

Semua komponen itu bukan sekadar meningkatkan imej Lexus ES tetapi direka untuk menambah baik faktor aerodinamik dan mengurangkan kesan seretan.

Selain itu, pengguna di Jepun ada opsyen lain seperti perumah cermin sisi berciri aerodinamik dan bampar belakang baharu. Pilihan rim baharu hadir dengan saiz 19 dan 20 inci, berwarna tona kelabu gelap.

TRD-Lexus-ES-5
TRD-Lexus-ES-8
TRD-Lexus-ES-7
TRD-Lexus-ES-6

Untuk bahagian bawah kereta, TRD menawarkan komponen penghubung baharu (braces) yang boleh membantu meningkatkan lagi aspek ketegaran sedan ES. Ada juga komponen untuk menambah nilai estetika kabin dengan hiasan panel pintu.

Semua komponen itu direka untuk kegunaan Lexus ES keluaran tahun 2022 yang diperkenalkan pada bulan April lalu. Tiada maklumat diberi sama ada TRD akan meluaskan tawaran aksesori itu di luar Jepun.

BACA >>> #ApaNakBuat: 6 Tip Elak Sakit Belakang Ketika Memandu
BACA >>> #TahukahAnda: 10 Silap Penyenggaraan Kereta yang Kerap Pemandu Buat
BACA >>> Kajian: Pemandu UK Suka Cari Privasi dalam Kereta Sepanjang Musim Kuarantin

TRD-Lexus-ES-1
TRD-Lexus-ES-2
TRD-Lexus-ES-3
TRD-Lexus-ES-4
TRD-Lexus-ES-11
TRD-Lexus-ES-12
TRD-Lexus-ES-13
TRD-Lexus-ES-9
TRD-Lexus-ES-10
TRD-Lexus-ES-14
TRD-Lexus-ES-16
TRD-Lexus-ES-17
TRD-Lexus-ES-15

SUMBER: CarScoops

Related

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aksesori, Aksesori TRD, Lexus ES (2022), Lexus Malaysia, Roda4, Toyota, Toyota Racing Development (TRD)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev