• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Zontes Bakal Lancar Siri Motosikal 350cc, Guna Pelbagai Komponen Baharu

Zontes Bakal Lancar Siri Motosikal 350cc, Guna Pelbagai Komponen Baharu

September 1, 2021 By Shawkath Leave a Comment

944
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGELUAR motosikal China, Zontes sudah mengesahkan rancangan untuk memperkenalkan siri rangkaian 350cc dalam tempoh dua bulan akan datang. Siri itu menggunakan enjin kapasiti lebih besar dan ada penambahbaikan pelbagai aspek.

Khabarnya, model pertama yang bakal diperkenalkan ialah motosikal gaya retro ZT350-GK. Bagaimanapun, dokumen kelulusan China mendedahkan trenkuasa baharu itu juga akan dipasang pada siri motosikal 310 dan ada naik taraf komponen.

BACA >>> Bukan 1 atau 2, Tetapi 4 Motosikal Zontes Gegar Malaysia, Harga Bermula RM19,800
BACA >>> #TunggangUji: Lepas Layan Zontes 310X, Baru Tahu Ada 5 Mitos Pasal Motor China

Zontes 350 - 0
Zontes 350 - 1

Trenkuasa itu bukannya blok silinder enjin 312cc dibesarkan lagi saiznya. Zontes menyatakan sebahagian besar komponen adalah produk baharu. Antaranya: kotak engkol, silinder, kepala silinder, motor penghidup dan pam minyak.

Fokus pengenalan komponen baharu itu adalah untuk menghasilkan varian dengan janaan kuasa, tork dan daya pecutan yang lebih baik berbanding produk sedia ada.

BACA >>> Zontes Mahu Bikin Motosikal 3-Silinder Prestasi Tinggi, Segmen 650cc dan 1,000cc

Pada awalnya, Zontes dikatakan mahu menawarkan dua varian pilihan iaitu 43hp bagi menandingi model pencabar KTM 390 Duke dan satu lagi versi iaitu berkuasa 39hp.

Bagaimanapun, model paling berkuasa (43hp) dibatalkan kerana ia dipercayai menghasilkan kesan getaran terlalu kuat. Ini bermaksud trenkuasa output lebih rendah (39hp) mungkin digunakan pada siri rangkaian 350.

Zontes belum mendedahkan imej sebenar siri 350 tetapi berdasarkan dokumen kelulusan yang difailkan, model itu nampak seakan sama seperti ZT310-T (adventure), ZT310-R (naked), ZT310-X (sports tourer) dan ZT310-V (sports cruiser).

Semua model tersebut akan hadir sebagai siri ZT 350 sama ada dengan swingarm tunggal atau jenis standard tidak lama lagi.

SWINGARM

  • Swingarm berkembar ada desain baharu iaitu sebelah kanan jenis melengkung ke atas (banana) dan kiri pula lebih lurus. Ini berkait saiz dan posisi sistem ekzos baharu.
  • Laporan mendedahkan ada peningkatan saiz ekzos, lebih tebal dan mampu menampung prestasi tambahan enjin. Tiada maklumat mengenai berat ekzos. 

BACA >>> Swingarm Sebelah - Apa Beza dengan Swingarm Biasa?

FORK

  • Sistem suspensi depan jenis fork USD (terbalik) akan ditingkatkan saiz diameter iaitu daripada 37mm kepada 43mm. Suspensi belakang juga baharu membabitkan spring 90mm menggantikan komponen spring 80mm.
  • Komponen baharu itu juga dikatakan mampu menampung penggunaan tayar depan selebar 120mm.
  • Komponen lain ditukar ialah kotak angin yang kini bersaiz 30 peratus lebih besar untuk membantu prestasi enjin dan dikatakan menghasilkan nada ekzos lebih baik.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Fork Teleskopik dan Terbalik (USD)?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu

KALIPER

  • Selain itu, komponen itu juga mempunyai braket brek rekaan baharu untuk padanan kaliper radial J-Juan 4-piston yang menggantikan komponen jenama Zontes 2-piston.
  • Saiz brek cakera ditingkatkan kepada 320mm daripada 300mm (depan) dan 260mm berbanding 230mm (belakang).

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Debu Brek Terhasil dan Cara Atasi?
BACA >>> Brek Cakera vs Brek Dram - Ketahui Fungsi dan Mana Satu Lebih Baik

Zontes 350 - 2
Zontes 350 - 3
Zontes 350 - 4
Zontes 350 - 5
Zontes 350 - 8
Zontes 350 - 9
Zontes 350 - 1
Zontes 350 - 0
Zontes 350 - 10
Zontes 350 - 6
Zontes 350 - 7
Zontes 350 Kaliper

SUMBER: BikeSocial

Related

944
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 350cc, roda2, Zontes, Zontes 310 Naik Taraf, ZT350-GK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev