• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Jepun Tawar 30 Unit NSX Type S, 10 Warna Pilihan, Harga Mula RM1j!

Honda Jepun Tawar 30 Unit NSX Type S, 10 Warna Pilihan, Harga Mula RM1j!

September 1, 2021 By Shawkath Leave a Comment

370
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA Japan mengumumkan tawaran hanya 30 unit kereta sport NSX Type S (2022) di pasaran tempatan dan tempahan akan dibuka bermula esok menerusi rangkaian pengedar NSX Performance. Penghantaran akan dilakukan seawal Julai 2022.

Hanya 350 unit Honda (Acura) NSX Type S akan dibina untuk pasaran dunia dengan 300 unit bakal dikirim ke Amerika Syarikat. Unit pertama NSX sudah dilelong pada harga AS$1.1 juta (RM4.56 juta). Berikut ialah perincian Honda NSX Type S di Jepun:

BACA >>> Honda NSX Type S (2022) Lebih Berkuasa, Harga Mula RM717k!
BACA >>> Honda NSX Type-S Akan Jadi Edisi Akhir

  • Harga termasuk cukai penggunaan (10 peratus) disyorkan kepada pengedar di Jepun ialah 27,940,000 yen (RM1.05 juta).
  • Ada 10 pilihan warna badan iaitu Carbon Matte Gray (kelabu kusam), Long Beach Blue (biru), Valencia Red (merah mutiara), Nouvelle Blue (biru mutiara), Thermal Orange (oren), Indy Yellow (kuning mutiara), Casino White (putih mutiara), 130R White (putih), Berlina Black (hitam) dan Kuruba Red (merah).

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Betul Cuci Stereng Kereta Ikut Jenis Material

  • Ada tiga pilihan warna kabin iaitu Ebony, Red dan Orchid. Skim Ebony dan Red pula ada dua pilihan material untuk tempat duduk.
  • Trenkuasa 3.5 liter V6 turbo berkembar dengan tiga unit motor elektrik, menghasilkan kuasa 600hp dan 667Nm. Ada tambahan kuasa  27hp dan tork 21.7Nm berbanding NSX standard.
  • Transmisi klac berkembar 9-kelajuan ditala semula untuk menawarkan penukaran kemasukan gear 50 peratus lebih pantas.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Pedal Syif Walaupun Gear Auto Kini Serba Pintar, Pantas?

  • Pek bateri menerima peningkatan 20 peratus kapasiti dengan tambahan output 10 peratus lebih tinggi berbanding NSX standard. 
  • Type S menggunakan rim aluminium tempaan khas 19 inci (depan) dan 20 inci (belakang) dengan balutan tayar berprestasi tinggi.
  • Komponen badan seperti spoiler bawah bampar depan, sil tepi, diffuser dan spoiler belakang dicipta berasaskan material gentian karbon.

BACA >>> Honda NSX Akan Kembali, Versi Elektrik Penuh?
BACA >>> Integra Akan Kembali 2022, Pengumuman Melalui Dron!
BACA >>> #TahukahAnda: Apa Keburukan Pakai Tayar Lebar Berbanding Tayar Standard?

SUMBER: Honda

Related

370
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda Japan, Honda NSX Type S 2022, NSX Final Edition, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my