• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM RC390 Baharu (2022) Lancar!

KTM RC390 Baharu (2022) Lancar!

September 1, 2021 By Wahid Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Beberapa foto KTM RC390 (2022) baharu sudah dibocorkan tidak lama dahulu, dan kini baru saja dilancarkan secara rasmi.

Perubahan paling senang dilihat adalah rekabentuk badan baharu menerusi perwatakan lampu depan LED yang mirip model KTM berenjin kapasiti besar hingga ekor baharu.

BACA >>> Mungkinkah ini Rupa KTM RC390 (2022) Serba Baharu?
BACA >>> #Spyshot: KTM RC390 (2021) Tanpa Penyamaran Dikesan, Dijangka Lancar Tahun Ini

Berikut perincian mengenai RC390 (2022):

  • Ditawarkan dalam dua warna, biru-jingga dan jingga-hitam
  • Menurut KTM, fairing baharu ini mempunyai kemampuan aerodinamik lebih efisien berbanding model lama. Setiap panel fairing dan badandiubah. Fairing utama terdiri daripada dua lapisan, bertujuan menyejukkan enjin dengan lebih cekap dan menyalur keluar udara panas dari penunggang.
  • Enjin 4-lejang silinder tunggal 373cc penyejukan cecair berkuasa 43hp dengan transmisi manual 6-kelajuan dengan klac antilompat PASC.

  • Selain itu, beberapa panel badan dipasang supaya lebih senang ditukar sekiranya berlaku kemalangan ketika berlumba.
  • Berat juga dikurangkan untuk RC390 baharu ini. Tangki minyak baharu dengan kapasiti 13.6 liter dikatakan lebih ringan.
  • Rim baharu menjimatkan 3.4kg yang mampu mengurangkan inersia untuk  pengendalian lebih ringan.
  • Menggunakan brek cakera ByBre 320mm (depan) dan 230mm (belakang), yang lebih ringan 1kg.
  • Kapasiti tangki petrol 13.7 liter.
  • Casis baharu kini menggunakan frem depan dan belakang jenis trellis yang boleh dipisahkan dan bukan lagi dipateri bersama. Juga lebih ringan 1.5kg.
  • Bahagian suspensi menggunakan fork terbalik (USD) WP Apex 43mm di depan, dan monoshock WP Apex di belakang.
  • Prestasi enjin dipertingkatkan untuk tork lebih tinggi, sekali gus memberikan daya pikap lebih kuat menerusi penggunaan kotak saringan udara lebih besar dan tetapan elektronik ditala baharu.
  • Seperti model KTM lain, komponen serta perisian elektronik RC390 ini juga canggih apabila dilengkapi sistem kawalan traksi MTC, dan sistem ABS Selekoh (Cornering ABS) yang berpandukan sudut miring motosikal.
  • Juga ada mod Supermoto ABS yang memberikan kebebasan buat penunggang ketika membrek keras tanpa mengabaikan keselamatan
  • Ini membuatkan RC390 (2022) sebagai model kelas 300-400cc pertama menggunakan sistem tersebut. Malah, pemilik juga boleh menambahkan sistem Quick Shifter+.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu 'Quick Shifter' untuk Motosikal?

  • Segala perisian boleh dikawal melalui panel meter skrin TFT baharu.
  • KTM belum mendedahkan harga RC390 (2022). Tunggu laporan kami apabila tiba di Malaysia kelak.

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: KTM, KTM RC390 (2022), KTM USA, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my