• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lynk & Co 03+ Cyan Edition - Model Replika Lumba 265hp, 380Nm, Pasaran China Sahaja!

Lynk & Co 03+ Cyan Edition - Model Replika Lumba 265hp, 380Nm, Pasaran China Sahaja!

September 2, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

198
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LYNK & Co ialah jenama automotif dari China dan Sweden yang dimiliki Geely Automobile Holdings. Jenama itu ditubuhkan pada 2016 yang memiliki ibu pejabat di kedua-dua negara.

Status Lynk & Co berada di tengah antara Geely dan Volvo. Walaupun baru bermula, jenama ini sudah mempunyai lima model, terdiri daripada sedan, kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak dan sederhana.

Nama model diberikan juga mudah, cuma angka berturutan seperti 01, 02, 03 dan terbaharu 09. Dari segi jualan, sedan 03 ialah model terlaris Lynk & Co di China. Semua model Lynk & Co juga mempunyai lampu utama dan rakabentuk bahagian depan hampir sama satu sama lain.

Jelas Lynk & Co bukan sekadar hadir untuk memeriahkan dunia automotif, tetapi mempunyai misi jelas dengan memiliki identiti tersendiri. Satu lagi kehebatan jenama ini adalah dalam dunia sukan permotoran lumba kereta touring antarabangsa. Malah berjaya membuktikan membuktikan kejaguhannya.

Pasukan Lynk & Co Cyan Racing menang tiga kali Kejuaraan Dunia dalam Piala Kereta Touring Dunia FIA (WTCR) 2019 dan 2020, iaitu dua kali dalam kategori pasukan dan sekali untuk kategori pemandu. Model digunakan ialah sedan Lynk & Co 03 TCR,

Ada sesuatu yang istimewa untuk peminat jenama ini. Bagi meraikan kejayaan di dalam WTCR, Lynk & Co memperkenalkan Lynk & Co 03+ Cyan Edition dengan mennaik taraf ala kereta lumba dan bukan kosmetik semata. Berikut perinciannya:

Lynk & Co 03 Cyan Edition.01
Lynk & Co 03 Cyan Edition.04
  • Dadir dengan warna ikonik dan logo Cyan Racing, rim jejari Cyan Racing berwarna hitam, brek Akebono kuning dan tayar Michelin Pilot Sport 4S.
  • Satu lagi komponen yang menyerlahkan edisi khas ini ialah absorber boleh laras Bilstein.
  • Ini bukan model main-main, ciri lain dipasangkan ialah spliter depan gentian karbon, spoilerbelakang dan kerusi sport dengan logo Cyan.
Inilah kereta Lynk & Co 03 TCR sebenar yang berlumba dalam WTCR.
  • Dijana enjin 2.0L TD Drive-E dengan kuasa dipertingkat kepada 265hp dan tork 380Nm. Sebagai perbandingan, model lumba Lynk & Co 03 TCR menggunakan enjin 2.0L turbo berkuasa 350hp dan tork 420Nm.
  • Jelas bahawa Lynk & Co mahu memperkenalkan replika model lumba versi jalanan untuk dinikmati orang ramai. Cuma, model ini dijual di China sahaja!

BACA >>> Cyan Racing Lynk & Co Raih Juara WTCR 2019 di Sepang
BACA >>> Geely Boyue Baharu Akan Guna Platform CMA Volvo, Enjin 3-Silinder 1.5L
BACA >>> Semua Kereta Volvo Cuma Boleh Pecut Maksimum 180kmj Sahaja!

Lynk & Co 03 Cyan Edition.01
Lynk & Co 03 Cyan Edition.02
Lynk & Co 03 Cyan Edition.03
Lynk & Co 03 Cyan Edition.04

Lynk & Co 03 TCR

Lynk & Co 03 TCR.01
Lynk & Co 03 TCR.02
Lynk & Co 03 TCR.03
Lynk & Co 03 TCR.04
Lynk & Co 03 TCR.05

Related

198
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Lynk & Co, Lynk & Co 03, Lynk & Co 03+ Cyan Edition, Replika Lumba, Roda4, WTCR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev