• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Martin: "Marquez Musnahkan Perlumbaan Aku"

Martin: "Marquez Musnahkan Perlumbaan Aku"

August 30, 2021 By Aryon Leave a Comment

251
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKSI di GP Britain semalam berakhir dengan kekecewaan buat Marc Marquez apabila terjatuh dan gagal meneruskan perlumbaan serta tidak ragu-ragu untuk memohon maaf kerana turut menyebabkan rakan senegaranya Jorge Martin terjatuh sama.

Dengan senyuman kambing terukir, Marquez menjelaskan;

Aku nak minta maaf kat Martin dan pasukannya kerana itu jelas sekali salah aku. Aku sangat optimistik nak potong.

"Memang betul itu situasi yang pelik sebab Quartararo dan Martin berlumba dengan sangat ke luar (wide) dan aku sangka Martin akan lebih ke luar.

"Aku dah bersedia kat corner tu dan letakkan motor arah menegak sebab tak ada masa nak tukar gear tiga. Tapi kira-kira tu tak betul. Memang betul-betul salah aku. Itu baru lap pertama. Aku sangat optimistik dan aku minta maaf kat Martin.

"Berlumba ni kadang-kadang macam tu la, dan hari ini aku buat silap."

Sementara itu, Martin yang baru melakukan lapan aksi musim ini mengharapkan pelumba senior itu dapat belajar sesuatu daripada kemalangan tersebut.

Well, korang boleh tengok video tu sendiri. Memang kecewa pasal hari ini (semalam), sebab aku rasa sangat kuat untuk dapat podium. Aku benar-benar ada kat dalam dan aku dapat rasa ada contact, dan apa-apa je lah. Ini racing kan. Tunggu je la next macam mana."

"Akhirnya dia datang minta maaf, ini betul-betul bagus dari pihak dia, tapi penghujungnya, dia musnahkan perlumbaan aku, dan inilah masalah besar. Dia musnahkan perlumbaan dia sendiri, bukan orang lain.

"Dah tentu dia tak dapat mengagak dengan betul sebab dia fikir ada ruang dan semestinya tak ada pun. Tapi aku harap dia dapat belajar daripada semua ni dan jadi lebih baik pada masa depan.

jorge-martin-1
jorge-martin-2

Pada masa sama Martin juga enggan mengulas mengenai penalti yang mungkin dikenakan ke atas Marquez atas insiden berkenaan.

Aku tak tau kenapa dia angkat motor tu (ketika cuba nak memotong). Sebab dia memang boleh buat pun, dia sudah masuk ke dalam. Tapi aku tak tau kenapa dia ke luar dan tolak aku keluar.

"Inilah yang aku tak faham sebenarnya. Tapi hal penalti bukan kerja aku," kata Martin sambil mencampakkan helmet dan melepaskan penumbuk ke dinding.

BACA >>> Quartararo Tidak Tercabar di GP British
BACA >> Martin Hadiahkan Kemenangan Pertama Buat Pramac Ducati di Austria
BACA >>> Marquez Masih 'Raja Sachsenring'! Juara 11 Tahun Berturut-Turut!

SUMBER: Crash.net

Related

251
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, GP British, jorge martin, Marc Marquez, MotoGP 2021, MotoGP Britain 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev