• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dovizioso Sah Lumba untuk Petronas Yamaha SRT di Misano, Pelumba Tetap Musim Depan

Dovizioso Sah Lumba untuk Petronas Yamaha SRT di Misano, Pelumba Tetap Musim Depan

August 30, 2021 By Wahid Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANDREA Dovizioso disahkan menyertai pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) bermula pusingan di Misano hingga tamat musim ini.

Beliau juga akan menjadi pelumba Petronas Yamaha SRT  musim depan yang akan menjadi pasukan baharu selepas Petronas memutuskan menarik diri sebagai penaja utama. Berita baik itu dimaklumkan Lin Jarvis selaku pengurus pasukan utama Yamaha MotoGP.

Beberapa perubahan juga akan berlaku susulan keputusan tersebut. pelumbaPetronas Yamaha SRT sedia ada, Franco Morbidelli yang sepatutnya mengambil semula pelananya dalam pasukan itu di pusingan Misano akan dipindahkan ke pasukan pengilang, Monster Energy Yamaha MotoGP.

lin-jarvis-yamaha
andrea dovizioso

Jarvis berkata, peranan Morbidelli adalah membantu rakan pasukan, Fabio Quartararo untuk merangkul kejuaraan penunggang MotoGP dan membantu Yamaha memenangi kejuaraan kategori pengeluar, selain memastikan pasukan utama menjadi juara pasukan MotoGP. Kekosongan dalam pasukan itu wujud apabila Maverick Vinales ditamatkan kontrak lebih awal.

Dovizioso bakal menemani lawan lama, Valentino Rossi dalam Petronas Yamaha SRT. Apapun, dia perlu menggunakan jentera YZR-M1 Spec-A yang ditunggang Morbidelli, dan bukan jentera 'factory spec' (spesifikasi penuh seperti pasukan utama) seperti Rossi.

Bagaimanapun, Dovizioso dikatakan bakal mendapat jentera 'factory spec' musim depan.

Dovizioso sebelum ini terkenal dengan julukan 'Desmo Dovi' kerana meluangkan kariernya selama lepan tahun di Ducati sejak 2013. Beliau memenangi perlumbaan pertama buat pasukan Ducati pada 2016 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Malaysia.

Beliau kemudian memenangi 13 lagi perlumbaan bersama Ducati dan mendapat tempat kedua keseluruhannya tiga kali di belakang Marc Marquez.

BACA >>> Martin: "Marquez Musnahkan Perlumbaan Aku"

Kemenangan terakhir Dovizioso buat Ducati adalah pada musim lalu. Ketika itu, muncul khabar mengatakan persahabatannya dengan Gigi Dall'igna agak tegang. Beliau kemudian memutuskan meninggalkan Ducati untuk musim 2021 dengan menjahitkan perkata tertulis "Unemployed" (menganggur) pada sut lumbanya kerana semua pelana sudah penuh sepanjang 2021.

Beliau kemudian menjadi penunggang uji Aprilia, tetapi pasukan Itali itu pula memutuskan mengambil Vinales.

Kemasukan beliau ke Petronas Yamaha SRT mungkin kerana beliau dikatakan turut membawa bersama penaja WithU dari Itali.. SRT dijangka mengumumkan wajah baharu pasukan itu untuk musim depan di pusingan Misano kelak.

BACA >>> Fernandez Kekal Moto2, Petronas SRT Masih Mencari, Dovizioso ke Aprilia?
BACA >>> Siapa Cakap Dovizioso Masuk Petronas SRT?

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Andrea Dovizioso, Auto Terkini, MotoGP, MotoGP 2021, MotoGP 2022, PETRONAS Racing Team (SRT), Petronas Yamaha SRT, WithU

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev