• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha RD500LC (1985) 2-Lejang V4 Berjaya Dilelong, Harga RM77.6k!

Yamaha RD500LC (1985) 2-Lejang V4 Berjaya Dilelong, Harga RM77.6k!

August 26, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Yamaha RD500LC juga dipanggil RZ500 di Kanada dan Eropah ialah antara model sportbike popular era 1980-an, lebih-lebih lagi dengan trenkuasa 2-lejang V4. Meskipun zamannya sudah berlalu tetapi RD500 tetap ada penggemar di serata dunia.

Nampaknya, ada seorang individu bergelar pemilik baharu sebuah RD500 selepas berjaya membida motosikal yang dilelong di laman Bring a Trailer. Motosikal itu ditawarkan tanpa sebarang penetapan syarat harga minimum. Harga bidaan terakhir ialah AS$18,500 (RM77,607).

Yamaha RD500 1985 - 5
Yamaha RD500 1985 - 0

Berdasarkan keterangan, motosikal tahun 1985 itu diimport ke Amerika Syarikat dari Kanada pada 2003. Perlu diakui, motosikal ini bukan kategori New Old Stock (NOS) atau status bilik pameran. Apapun, RD500 itu dikatakan masih kekal dengan semua karakter tulen.

Yamaha RD500 1985 - 6
Yamaha RD500 1985 - 10

Motosikal itu sudah digunakan sepuas hati dan menjalani kerja-kerja membaik pulih sepanjang usianya. Ini sejarah ringkasnya:

  • Enjin dibina balik pihak Wilson Performance pada tahun 2004.
  • Tahun 2008, enjin terpaksa diturunkan semula Wilson Performance untuk dibaik pulih dengan piston dan karburator Mikuni 28mm baharu. Sistem ekzos ditukar kepada set penuh Jim Lomas gaya GP.
  • 2019 dapat tayar, pad brek, bearing kepala stereng baharu
  • 2020 dapat fairing baharu sebagai persediaan untuk dilelong

Warna motosikal ialah putih klasik dengan liveri merah biru. Rim aloi berwarna biru gelap (powder coated) dan odometer memaparkan angka 87,000km. Penjual membuat pengakuan bahawa dia sendiri tidak tahu milage sebenar motosikal itu.

Yamaha RD500 1985 - 4
Yamaha RD500 1985 - 14

Semasa dikeluarkan pada 1985, trenkuasa 2-lejang V4 499cc RD500LC mampu menghasilkan 88hp tetapi data pada motosikal yang akan dilelong masih tidak diketahui.

BACA >>> Yamaha 125ZR NOS Hitam di Vietnam Ini Mahu Dijual RM89.9k!
BACA >>> Operator Kilang Derma RM17k Hasil Jualan Yamaha RX-Z, Kawasaki RR untuk Palestin
BACA >>> Yamaha RX-Z NOS RM70k Sudah Ada Pembeli Bayar Deposit RM30k!

Yamaha RD500 1985 - 17
Yamaha RD500 1985 - 5
Yamaha RD500 1985 - 1
Yamaha RD500 1985 - 3
Yamaha RD500 1985 - 2
Yamaha RD500 1985 - 0
Yamaha RD500 1985 - 4
Yamaha RD500 1985 - 7
Yamaha RD500 1985 - 11
Yamaha RD500 1985 - 12
Yamaha RD500 1985 - 13
Yamaha RD500 1985 - 9
Yamaha RD500 1985 - 8
Yamaha RD500 1985 - 10
Yamaha RD500 1985 - 15
Yamaha RD500 1985 - 16
Yamaha RD500 1985 - 14
Yamaha RD500 1985 - 6

SUMBER: RideApart

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, Yamaha 2-Lejang 500cc, Yamaha RD500, YAMAHA RD500LC, Yamaha V4 500cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev