KOMPAUN hingga RM10,000 akan diberikan serta-merta kepada peniaga dan pengunjung premis jika didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Johor. Langkah itu diambil memandangkan kes semasa di negeri berkenaan semakin membimbangkan.
Pemantauan termasuk penyamaran akan dijalankan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor untuk memastikan SOP dipatuhi di negeri itu.
Khabarnya, seramai 200 anggota penguat kuasa KPDNHEP Johor akan berpakaian bebas untuk menyamar sebagai pelanggan bagi tujuan tersebut.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Johor, Mohd. Hanizam Kechek berkata;
KPDNHEP Johor ingin memaklumkan tindakan tegas akan diambil dengan mengeluarkan kompaun hingga RM10,000 secara serta-merta terhadap ketidakpatuhan SOP PPN tanpa kompromi sebagai langkah pencegahan.
"KPDNHEP Johor sudah menggerakkan penguat kuasa berpakaian preman selain menyamar sebagai pelanggan menerusi Ops Samar, bagi memantau pematuhan SOP PPN dalam kalangan peniaga dan pelanggan supaya pembukaan sektor tambahan seperti diumumkan kerajaan, tidak mewujudkan kluster baharu jangkitan Covid-19.
"KPDNHEP Johor komited bersama Kerajaan dalam usaha memerangi Covid-19 dengan meningkatkan lagi pemantauan dan pemeriksaan pematuhan SOP di bawah Akta 342 bagi memutuskan rantaian penularan di samping memastikan masyarakat tidak mengambil mudah SOP ditetapkan," katanya dalam kenyataan.
Sebelum itu, beliau bersama 10 penguat kuasa mengadakan pemeriksaan mengejut di sebuah pusat beli-belah di Tebrau tadi.
Semua cawangan KPDNHEP Johor dengan kekuatan 200 anggota penguat kuasa turut membuat pemeriksaan serentak.
BACA >>> Betul Ke Hujung Tahun Baru Boleh Balik Kampung?
BACA >>> MB Kedah Sudah Bayar Kompaun RM1,500 Langgar SOP
BACA >>> SOP Celaru, Tren LRT Bukan Lengang, Tapi Makin Sesak Sampai Penumpang Pengsan
BACA >>> Boleh 'Dine-In' di Restoran, Main Golf Jika Lengkap Dos Vaksin di Negeri Fasa Satu PPN
SUMBER: HarianMetro
Leave a Reply