• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Konvoi Presiden Jokowi Beri Laluan Kepada Ambulans Terima Pujian Netizen

Konvoi Presiden Jokowi Beri Laluan Kepada Ambulans Terima Pujian Netizen

August 25, 2021 By Shawkath Leave a Comment

394
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KONVOI kenderaan membawa Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dengan iringan polis bermotosikal mendapat pujian netizen kerana memberi keutamaan laluan kepada sebuah ambulans.

Satu klip video yang tular di media sosial menunjukkan konvoi kenderaan membawa Jokowi menghimpit ke kanan jalan untuk membolehkan  sebuah ambulans memintas ke hospital.

Laporan mendedahkan, insiden itu dirakamkan di Jalan DI Panjaitan,  Kalimantan Timur hari ini iaitu ketika pemimpin nombor satu Indonesia itu mengadakan lawatan kerja.

Klip video tersebut dikongsikan di laman instagram @Info_Samarinda. Pemandu ambulan itu, @Faisalyundha (Achmad Faisal) turut memberi komen dalam perkongsian itu sambil menceritakan situasi yang berlaku.

Saya ialah pemandu ambulans itu dan sedang membawa pesakit HB 5.3 (hemoglobin rendah). Bagus resp0ns pengawal semua, mengutamakan keselamatan orang,” katanya.

Achmad, 31, menjelaskan, dia sedang membawa pesakit rendah HB dari Pusat Kesihatan Sungai Siring ke Hospital Abdul Wahab Sjahranie (AWS). 

Itu keadaan pesakit lelaki., HB dia cuma 5.3 dan pesakit berada dalam keadaan amat pucat,” katanya.

Achmad berkata lagi, dia mulanya teragak-agak hendak memintas kereta Presiden Indonesia itu, tetapi konvoi polis memintanya berbuat demikian sambil menghimpit ke kanan jalan.

Semasa menghampiri kereta Presiden, saya turunkan tingkap dan jerit, minta izin tuan dan beliau (Presiden) melambai tangan. Saya terus memandu memintasnya.

“Itu pengalaman yang sukar dilupakan. Seorang Presiden beri laluan jalan kepada ambulans berbeza pula dengan kereta persendirian (orang biasa) yang enggan beri jalan (untuk ambulans),” katanya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝙄𝙉𝙁𝙊 𝙎𝙀𝙋𝙐𝙏𝘼𝙍 𝙎𝘼𝙈𝘼𝙍𝙄𝙉𝘿𝘼 (@info_samarinda_)

BACA >>> #SembangDeras: Ambulans Langgar Persona, Siapa yang Bersalah?
BACA >>> Screambulance - Ambulans Berhantu untuk Peminat Hiburan Seram Jepun
BACA >>> Sanggup Jual Motor Kesayangan Siap Nombor Plat Cantik Sebab Nak Beli Ambulans

SUMBER: Instagram | Okezone | Detik

Related

394
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Achmad Faisal, Ambulans, Hospital Abdul Wahab Sjahranie, Joko Widodo, Jokowi, usat Kesihatan Sungai Siring

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my