• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Terra Facelift Lancar di Thailand, Harga Mula RM151k

Nissan Terra Facelift Lancar di Thailand, Harga Mula RM151k

August 25, 2021 By Han Othman Leave a Comment

283
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Terra versi dipertingkat (facelift) dilancarkan secara rasmi di negara jiran, Thailand. Kenderaan utiliti sukan (SUV) kelas pertengahan itu terlebih dahulu dilancarkan di Timur Tengah pada November tahun lalu dengan nama X-Terra.

Berikut perincian mengenai Terra versi Thailand:

  • Dianggap saudara kepada Navara kerana dibina menggunakan frem ladder.
  • Menampilkan rekaan gril V-motion lebih besar dengan lampu utama dan lampu kabus lebih agresif.
  • Bampar depan lebih elegan, manakal saiz rim kini 18 inci.
  • Rekaan belakang juga elegan dengan penampilan serba lasak sebagai sebuah SUV yang dibina berasaskan frem ladder.
  • Kemasan krom pada lencana Terra, lampu belakang tirus dan bampar serba baharu menyerlahkan lagi imej sporty, dan elegan sebuah SUV segmen-D walaupun masih mengekalkan siluet model terdahulu.
  • Ruang dalaman dipertingkat dengan papan pemuka dan kerusi berbeza, dan dilengkapkan unit infotainment NissanCONNECT 9 inci bersama fungsi konektiviti Android Auto dan Apple CarPlat.
  • Cermin depan menggunakan kaca akustik.
  • Kluster instrumen masih sama seperti model Nissan lain.
  • Ciri turut diperbaharui seperti cermin pandang belakang digital, 8 pembesar suara Bose, pengecas wayarles Qi 15W, brek parkir elektronik (EPB), dan monitor belakang 11 inci dengan port HDMI.
  • Ciri keselamatan menawarkan Nissan 360-Safety Shield yang terdiri daripada Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Lencong (LDW), Pemantau Titik Bukat (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), dan kamera 360º dengan pengesan objek bergerak.
  • Trenkuasa dijana enjin diesel YR23DDTT 4-silinder sebaris 2.3L turbo berkuasa 187hp dan tork 450Nm dengan transmisi automatik 7-kelajuan.
  • Sistem brek menggunakan brek cakera untuk keempat-empat roda.
  • Dijual pada harga 1,179,093 baht (RM151,760) untuk varian terendah, E 2WD hingga 1,474,062 baht (RM189,730) untuk varian premium, VL 4WD.

Terra dikatakan tidak termasuk dalam senarai model baharu untuk masuk ke. pasaran Malaysia nanti. Buat masa ini Edaran Tan Chong Motor (ETCM) cuma mempertaruhkan X-Trail sebagai model SUV segmen-D pada harga bermula RM128,00 hingga RM147,000.

BACA >>> Nissan Terra Raih Skor 5-Bintang Asean NCAP untuk Kategori SUV Saiz Pertengahan
BACA >>> Nissan Terra Masuk Asean (RM113k), Tetapi Malaysia Tiada dalam Senarai Pasaran
BACA >>> Nissan X-Trail (2021) Didedahkan, Pencabar CR-V Kini Lebih Sporty, Teknologi Tinggi

nissan-terra-thailand-1
nissan-terra-thailand-2
nissan-terra-thailand-3
nissan-terra-thailand-4
nissan-terra-thailand-5
nissan-terra-thailand-6

SUMBER: Nissan.co.th

Related

283
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Nissan 360-Safety Shield, Nissan Motors Thailand, Nissan Terra, Nissan Terra Facelift, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev