• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha India Tunggu Masa Lancar YZF-R15M versi MotoGP?

Yamaha India Tunggu Masa Lancar YZF-R15M versi MotoGP?

August 25, 2021 By Shawkath Leave a Comment

342
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FOTO dokumen kelulusan jenis kenderaan (VTA) mendedahkan Yamaha Motor India merancang memperkenalkan streetbike baharu dengan nama R15M sebagai varian lebih premium daripada R15 V3 sedia ada.

Yamaha masih menjual model R15 V3 sejak awal 2018 untuk pasaran India dan spekulasi mengenai ketibaan model generasi ke-4 (V4) bertiup kencang berikutan penampakan kelibat model kamoflaj di negara itu.

Ada berpendapat, prototaip itu masih produk generasi ketiga (V3) dan ada juga mendakwa itu V4 kerana ada perubahan signifikan, terutama bahagian depan dan ekzos.

BACA >>> Yamaha R2 Daftar Tanda Dagang di India, Enjin 155cc VVA Naik Taraf ke 200cc?

Berdasarkan foto dokumen VTA bocor tersebut, model baharu dengan nama R15M itu dikatakan lebih premium berbanding R15 V3 sedia ada.

Lazimnya, abjad M digunakan untuk menggambarkan prestasi model Yamaha. Bagaimanapun itu tidak berlaku pada R15M kerana dokumen menunjukkan output kuasa cuma 18.3hp, iaitu kurang 0.3hp berbanding model semasa.

Berikut beberapa maklumat R15M yang terdapat dalam dokumen tersebut:

  • Memiliki dimensi panjang 1,990mm, lebar 725mm dan tinggi 1,135mm, jarak roda 1,325mm dan jarak lega bumi 170mm, iaitu ukuran sama seperti R15 V3.

BACA >>> Spyshot: Yamaha R15 V4.0 Guna Lampu Projektor Tunggal

  • Kotak gear masih klac manual 6-kelajuan dengan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S). Imej motosikal menunjukkan seragam MotoGP dan dipasangkan fork terbalik (USD) keemasan.
  • Menggunakan sistem cakera 282mm (depan) dan 220mm (belakang) serta disertakan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Menggunakan lampu projektor tunggal LED, sama seperti naked bike MT-15, berserta lampu siang (DRL) LED. Sistem ekzos dan lampu belakang juga ada kelainan berbanding model V3.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha R15 V3 dengan Kit Badan R1M
BACA >>> Kit Aero Gaya MotoGP untuk Yamaha R15 V3, Siap Winglet!
BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Honda Ubah Posisi Asal Butang Hon, Lampu Signal Belok?
BACA >>> #TahukahAnda: Segala Tentang Rim Aloi yang Perlu Anda Tahu

 

SUMBER: ZigWheel | Gaadiwaadi

Related

342
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Foto Bocor, roda2, Sportbike 155cc Yamaha, streetbike, Yamaha Motor India, Yamaha R15M, Yamaha YZF-R15 M

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my