• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Nombor Satu, Catat Angka Jualan Tertinggi Julai 2021, Perodua Jatuh Tempat Keempat

Proton Nombor Satu, Catat Angka Jualan Tertinggi Julai 2021, Perodua Jatuh Tempat Keempat

August 25, 2021 By Han Othman Leave a Comment

667
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JUALAN kenderaan Malaysia sepanjang bulan lalu naik 269 peratus apabila 7,086 unit kenderaan baharu terjual berbanding bulan terdahulu dengan jualan cuma 1,921 unit sahaja, menurut statistik dikongsikan Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Menariknya, Proton berjaya melonjakkan diri di kedudukan pertama sebagai pengeluar dengan angka jualan tertinggi sepanjang Julai 2021.

BACA >>> Tentang Proton Persona (2022) Baharu yang Perlu Anda Tahu, Harga Mula RM45.2k
BACA >>> Tentang Proton Iriz (2022) Baharu yang Perlu Anda Tahu, Lebih Kemas dan Mengancam!

Proton menjual 1904 unit kenderaan sepanjang Julai 2021, disusuli Toyota (1442 unit), Mitsubishi (686 unit) dan Perodua (655 unit), manakala Honda 70 unit.

Angka jualan itu menunjukkan Perodua satu-satunya pengeluar yang mencatatkan penurunan jualan berbandng bulan terdahulu dalam senarai 10 teratas, iaitu 35, 1 peratus.

Peningkatan paling drastik semestinya Proton, iaitu sebanyak 290.2 peratus, diikut Toyota (1,616.7 peratus), Mitsubishi (376.4 peratus), Honda (+2,559.1 peratus), Isuzu (+4,283.3 peratus) dan Porsche (+3,000 peratus). Prestasi bulan lalu itu adalah berdasarkan stok sedia ada dimiliki pengeluar ketika masing-masing terpaksa menutup bilik pameran dan kilang sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) diumumkan Kerajaan.

Walaupun angka jualan Perodua merosot bulan lalu, tetapi pengeluar nasional itu jarang menyimpan lebihan stok kerana kereta biasanya akan segera dihantar kepada pembeli secepat mungkin.

Jualan bulan lalu juga menyaksikan Toyota kembali mendahului pesaingnya, Honda sebagai pengeluar bukan nasional aris dengan kelebihan 10,000 unit untuk jumlah jualan terkumpul Januari hingga Julai tahun ini.

BACA >>> Hanya 1,921 Unit Kenderaan Baharu Dijual Sepanjang Jun 2021, Susut Sampai 96%

Related

667
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jualan Kenderaan Malaysia Julai 2021, Jualan Proton Julai 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Cabaran pandu uji media Proton e.MAS 5 dari COE ke Genting HIghlands

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my