• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Brazil Guna Kenderaan Mewah, Sport Penjenayah Sebagai Aset Penguatkuasaan

Polis Brazil Guna Kenderaan Mewah, Sport Penjenayah Sebagai Aset Penguatkuasaan

August 25, 2021 By Shawkath Leave a Comment

239
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KEBANYAKAN negara ada kereta polis tersendiri dan boleh dikatakan, rata-rata unit yang digunakan itu dibeli menerusi peruntukan Kerajaan. Ada juga ramai pengeluar bermurah hati beri pinjam unit tertentu kepada pihak berkuasa.

Di Itali, imej kereta polis banyak dipengaruhi model Fiat Punto, Stilo hingga Alfa Romeo Giulia dan Giulietta. Amerika Syarikat pula dikenali dengan peronda Dodge Charger atau Ford Explorer. Di Brazil, lain kisahnya.

Polis Brazil ada menyelitkan kenderaan penjenayah yang dirampas sebagai aset badan pihak penguat kuasa. Sebelum ini, model rampasan popular membabitkan produk Mercedes-Benz dan Land Rover.

Kini, model kenderaan penjenayah yang diserap ke dalam aset polis semakin berkembang hingga merangkumi kereta mewah dan sport. Malah orang ramai diberi peluang melihat sendiri aset terbaharu itu semasa hari ulang tahun Polis Persekutuan Brazil ke-93.

Antara model rampasan terbaharu yang menjadi aset polis ialah Mercedes E 300 (2019) menggunakan trenkuasa 2.0 liter turbo dan kotak gear automatik 9-kelajuan, menghasilkan kuasa 245hp.

Siri kenderaan utiliti sukan (SUV) ialah Land Rover Range Rover Velar P300 R-Dynamic SE, Porsche Cayenne GTS dan Jeep Grand Cherokee Limited (2012).

Tambahan lain ialah trak pikap Toyota Tundra sekuat 386hp dan dua sedan  BMW 3 Series iaitu 320i Sport dan 330i M Sport.

Semua kenderaan itu sudah diperbaharui dan kini memakai liveri Polis Brazil. Langkah penguat kuasa di negara itu sememangnya bijak kerana tidak perlu menyimpan kenderaan rampasan dalam gudang hingga reput.

BACA >>> Tidak Cukup Supercar, Polis Dubai Bakal Guna Motosikal Terbang Pula!
BACA >>> Polis Selangor, Bukit Aman Dapat Kereta Peronda Bezza

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PRF em Santa Catarina (@prf_sc)

SUMBER: Motor1

Related

239
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kenderaan Polis Brazil, Polis Brazil, Polis Persekutuan Brazil

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my