SEORANG lelaki Vietnam nekad mahu menjual skuternya, jenis Piaggio Liberty dengan nombor plat khas 60-B1 66666 pada harga 190 juta dong (RM35,140).
Nguyen Minh Trong, 32, membeli skuter itu beberapa bulan lalu di bandar raya Hanoi pada harga harga 210 juta dong (RM38,840).
Keitka ditemu bual, Minh Trong menjelaskan kenapa dia mahu menjual motosikal itu lebih murah daripada harga asal;
Saya sedia jual sebahagian minat (saya) untuk dapatkan wang tambahan sebab hendak beli ambulans bagi bantu orang ramai.
“Dengan hasil sedikit, saya buat apa yang mampu. Jika banyak, lebih banyak boleh saya buat. Hajat membeli ambulans untuk bantu orang ramai sudah lama ada dalam fikiran.
“Selepas beli ambulans nanti, saya akan serahkan kepada Komuniti Rakyat Xuan (wilayah Dong Nai). Jika perlu, saya sanggup biayai pemandu untuk pandu ambulans tu.”
BACA >>> Mat Motor Vietnam Ini Mahu Jual Super Cub 82 pada Harga RM90k!
Minh Trong berkata, apabila melakukan kerja-kerja amal, dia akan beri sumber kewangan sendiri dan tidak minta bantuan pihak lain.
Sebelum ini, dia sudah mengumpul wang untuk beli ambulans tetapi terpaksa menggunakan sebahagian simpanan untuk beli barang keperluan untuk diberikan kepada pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin atau dilarang keluar rumah.
Menurutnya lagi, dia akan berusaha membeli ambulans itu secepat mungkin kerana ia ada kaitan dengan situasi kewangannya. Harga ambulans yang akan dibeli itu adalah kira-kira 500 juta dong (RM92,430).
Saya akan minta bantuan kawan yang tahu pasal kenderaan itu dan bantu buat pemilihan ketika hendak membeli.”
Skuter Liberty (2013) dengan jarak perbatuan 35,000km itu pernah menerima banyak tawaran tetapi masih tidak dijual kerana harga ditawarkan dianggap rendah.
Di Vietnam, Liberty 125 hadir dalam dua varian, standard dan S yang berharga antara 57.5 juta- 58.5 juta dong (RM10,500- RM10,750).
BACA >>> Harga Honda Dream Ini RM17k Bukan Sebab Edisi Terhad, Tapi Nombor Plat Spesial
BACA >>> Lamborghini Aventador SVJ Roadster Guna Nombor Plat Berharga RM49.7j
BACA >>> Masalah Bekalan: Pembeli Kereta Perlu Pakai Nombor Plat Kertas di Washington
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
SUMBER: Zing
Leave a Reply