SUZUKI Malaysia menerusi laman Facebook memperkenalkan tiga model baharu ke pasaran tempatan, terdiri daripada dua model sport adventure dan satu model supersport yang diimport dari Jepun.
Tiga model itu ialah GSX-R1000, GSX-R1000R dan Katana (2021). Status pembelian atau tempahan model berkenaan boleh dirujuk kepada pengedar rasmi terdekat. Bagaimanapun, tiada maklumat dikongsi mengenai harga setiap model yang dipaparkan sejak semalam.
GSX-R1000 dan GSX-R1000R menggunakan trenkuasa sama, iaitu 4-lejang 4-silinder sebaris 999.8cc DOHC penyejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 194hp @ 13,200rpm dan tork 117Nm @ 10,800rpm, manakala transmisi klac manual 6-kelajuan.
BACA >>> Suzuki GSX-R1000R (2022) Kini dengan Pilihan Warna Baharu, Jepun Sahaja, Harga RM75k
Ada dua pilihan warna untuk varian GSX-R1000R, iaitu seragam Ecstar dan putih-hitam dengan dekal merah. Model GSX-R1000 cuma hadir dalam tona serba hitam.
Model ikonik Katana pula menggunakan trenkuasa sama seperti generasi terdahulu, GSX-R1000R dengan sistem transmisi manual 6-kelajuan yang menghasilkan kuasa 147hp @ 10,000rpm dan tork 108Nm @ 9,500rpm.
Ada dua warna pilihan untuk Katana iaitu perak dan hitam.
Setakat ini, tiada maklumat didedah mengenai model kapasiti kecil seperti Suzuki Belang Fi atau sportbike 250cc yang dinantikan ramai peminat tempatan.
BACA >>> Suzuki Katana Limited Edition (2021) dengan Warna Baharu Lancar, Dijual 100 Unit Sahaja
BACA >>> Suzuki Malaysia Siar Satu Lagi Foto Acah, Belang R150 Akan Kembali?
SUMBER: Facebook
Leave a Reply