NAMPAKNYA ada desas-desus menyatakan Honda (Acura) akan mengembalikan supercar NSX sebagai model generasi ketiga, dipercayai sebagai kereta elektrik.
Perkara itu dilaporkan The Drive selepas menerima maklumat daripada pegawai eksekutif Acura semasa Monterey Car Week iaitu selepas debut Honda (Acura) NSX Type S sebagai model ‘perpisahan’.
Naib Presiden dan Pegawai Jenama Acura, Jon Ikeda berkata:
“Jika kamu amati, kami mencipta sebuah NSX apabila ada sesuatu yang kami mahu sampaikan. Generasi pertama ialah petrol. Kedua pula adalah hibrid. Akan ada satu lagi."
Pertanyaan sama ada NSX akan datang ialah supercar elektrik penuh, Ikeda cuma membalas dengan senyum dan enggan komen.
BACA >>> Honda NSX Type S (2022) Lebih Berkuasa, Harga Mula RM717k!
NSX generasi pertama muncul sekitar tahun 1990-an dengan enjin aspirasi natural V6 sebelum pengenalan generasi kedua pada 2016, lengkap bersama dua unit pengecas turbo dan tiga motor hibrid elektrik.
Projek NSX menelan kos tinggi disebabkan proses pembangunan dan pembuatan yang agak kompleks. Meskipun dianggap sebagai model kereta perdana berprestasi Acura, sambutan terhadapnya bukannya gah.
Ikeda sedar akan situasi itu dan menyatakan ‘wang bukan segalanya’. Apa yang cuba disimpulkannya ialah NSX lebih ke arah ujian pembangunan kejuruteraan termasuk elektrifikasi dan pemasaran menarik kunjungan orang awam ke bilik pameran.
BACA >>> Honda NSX Type-S Akan Jadi Edisi Akhir
BACA >>> Integra Akan Kembali 2022, Pengumuman Melalui Dron!
BACA >>> Prologue - SUV Elektrik Pertama Honda Bakal Debut 2024
BACA >>> Selamat Malam, Sayonara Kilang Honda Swindon...
BACA >>> Harga Kereta Elektrik Turun Hampir 50 Peratus di China, Dapat Beli Semurah RM8.3k
BACA >>> Jalan Raya Magnetik - Pandu Saja Sudah Boleh Cas Bateri Kereta Elektrik
SUMBER: The Drive
Leave a Reply