• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Remaja Ghana Cipta Skuter Kayu Elektrik Guna Barang Kitar Semula

Remaja Ghana Cipta Skuter Kayu Elektrik Guna Barang Kitar Semula

August 24, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG remaja di Ghana mencuri tumpuan netizen selepas mencipta skuter elektrik daripada kayu api dan pelbagai barangan kitar semula.

Samuel Aboagye mengambil masa dua minggu untuk membina skuter itu yang dijana kuasa bateri dan solar.

Bagaimanapun, tiada perincian mengenai unit motor digunakan. Berdasarkan foto, skuter itu menggunakan sistem pacuan rantai bersaiz kecil. Laporan mendedahkan ada beberapa komponen motosikal lama digunakan dalam projek tersebut.

BACA >>> Bapa Bikin Lamborghini Sian Kayu untuk Anak, Siap Selepas 65 Hari

Skuter Kayu Ghana - 1
Skuter Kayu Ghana - 0

Skuter kayu itu dilengkapi lampu utama dan lampu belakang jenis LED putih, serta ada sistem pembesar suara dengan sambungan Bluetooth dan pemain radio. Skuter itu juga ada sistem brek roda depan dan dipasangkan loceng sebagai pengganti hon.

Khabarnya, dia menggunakan barangan kitar semula dan wang saku sekolah untuk menyiapkan skuter tersebut dengan sumber kuasa diperoleh daripada 20 unit bateri telefon terpakai. Dia juga menggunakan mesin jahit ibunya untuk membantu mengecas semula pek bateri skuter berkenaan.

BACA >>> Ola S1 - Skuter Elektrik Teknologi Tinggi, Ada Arahan Suara, Harga Mula RM4.5k!

Skuter Kayu Ghana - 2
Skuter Kayu Ghana - 5
Skuter Kayu Ghana - 3
Skuter Kayu Ghana - 4

Sekeping panel solar ditambah untuk membantu meningkatkan jarak tunggangan. Skuter itu mampu ditunggang selama seminggu sebelum bateri perlu dicas semula, tetapi tiada maklumat dikongsikan mengenai masa dan jarak tunggangan maksimum.

Skuter ciptaan Aboagye memang agak jauh ketinggalan berbanding skuter lain. Tambahan lagi dia cuma menggunakan pisau untuk menebuk lubang, dan memotong bagi menyiapkan skuter tersebut. Memang kreatif dan hebat!

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud Istilah Pada Label Botol Minyak Enjin?
BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Crabbi Media Consult (@crabbimedia)

SUMBER: AutoEvolution

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Global, kenderaan EV, Samuel Aboagye, skuter elektrik, Skuter Elektrik Buatan Sendiri, Skuter Ghana, Skuter Kayu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev