BERITA baik buat peminat tempatan kerana pelumba tanah air, Adam Norrodin disahkan akan beraksi dalam pusingan Moto2 di GP Briain untuk pasukan lamanya, Petronas Sprinta Racing Team (SRT) yang dijadualkan berlangsung 27 hingga 29 Ogos ini.
Adam akan menggantikan pelumba Britain, Jake Dixon yang dipindahkan ke pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team dalam kelas MotoGP.
Dixon akan menggantikan pelana ditinggalkan pelumba uji Yamaha, Cal Crutchlow yang dipindahkan ke pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP bagi menggantikan Maverick Vinales yang ditamatkan perkhidmatan lebih awal musim ini.
BACA >>> Vinales Sah Tidak Akan Berlumba untuk Baki Pusingan MotoGP 2021
BACA >>> Vinales Sah Sertai Aprilia MotoGP Musim 2022
Adam, 23, buat julang kali mewakili Petronas SRT pada 2016 untuk saingan kelas Moto3. Dia kemudian berlumba bersama pasukan tersebut selama tiga musim dengan meraih kedudukan sepuluh paling tinggi sebanyak tujuh kali. Dia juga pernah merekodkan lap terpantas di GP Malaysia pada 2017. Malangnya, dia terjatuh dalam perlumbaan tersebut.
Petronas SRT kemudian mengambil Adam sebagai pelumba ganti untuk enam pusingan terakhir dalam pasukan Moto2 Petronas SRT pada 2019 untuk menggantikan pelumba cedera.
Karier Adam berjalan agak baik menerusi penyertaan dalam siri Kejuaraan Moto2 FIM CEV musim ini apabila memperoleh podium sebanyak tiga kali dan berada di tempat kelima dalam ranking keseluruhan.
Ingat, siri FIM CEV ialah tempat melahirkan pelapis pelumba masa depan dalam kelas Moto2 di MotoGP nanti.
Prinsipal Petronas SRT, Datuk Razlan Razali menyambut baik kedatangan Adam ke dalam pasukan itu semula.
Ini objektif asal pasukan kami, iaitu memberikan peluang kepada anak muda Malaysia. Ini peluang Adam untuk terus memajukan diri dan melihat kemajuannya dalam kalangan pelumba Moto2 dunia lain."
BACA >>> SRT Jadi Pasukan Bebas MotoGP 2022!
BACA >>> PETRONAS sah tamatkan kerjsama dengan SRT dalam MotoGP
SUMBER: PETRONAS Sepang Racing Team
Leave a Reply