• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aktiviti Permotoran Bukan Maksud Dibenarkan Konvoi, Boleh Kena Kompaun RM5k

Aktiviti Permotoran Bukan Maksud Dibenarkan Konvoi, Boleh Kena Kompaun RM5k

August 27, 2021 By Wahid Leave a Comment

605
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI menunggu Kerajaan memberikan sedikit kelonggaran untuk aktiviti bermotosikal seperti berkonvoi, menunggang jarak jauh (touring), berlumba di trek, dan menghadiri acara permotoran .

Justeru pengumuman 19 Ogos lalu disambut ramai apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan semakin banyak perniagaan akan dibuka, termasuk beberapa aktiviti sukan dan sosial dengan kewajiban mematuhi prosedut operasi standard (SOP) kepada mereka yang sudah lengkap mengambil suntikan dua dos vaksin Covid-19.

Antara aktiviti dibenarkan adalah apa yang disebut sebagai 'sukan permotoran'.

Malangnya, ada pihak salah faham mengenai istilah tersebut yang menganggap aktiviti konvoi bermotosikal turut dibenarkan. Akibatnya, beberapa penunggang berkonvoi ditahan di sekatan jalan raya Polis Diraja Malaysia (PDRM) hujung minggu lalu (baca: SINI). Ada yang disaman hingga RM5,000 seorang.

Ini kerana berkonvoi melibatkan perjalanan merentas daerah dan negeri yang masih tidak dibenarkan. Tambahan lagi aktiviti konvoi melibatkan jumlah peserta yang ramai.

Walaupun dikatakan jarak sosial boleh dilakukan kerana masing-masing berada atas motosikal sendiri, tetapi ditakuti peserta gagal mengawal penjarakan sosial ketika berhenti makan, mengisi minyak dan sebagainya.

'Sukan permotoran' pula bermaksud sukan yang melibatkan kenderaan bermotor dalam litar sahaja dan tertakluk kepada peraturan SOP ketat. Kami harap anda semua dapat bersabar untuk beberapa minggu lagi. Insya-Allah kita dapat ride seperti sebelum ini nanti.

BACA >>> Kompaun RM10k Serta-Merta untuk Premis Langgar SOP
BACA >>> Boleh 'Dine-In' di Restoran, Main Golf Jika Lengkap Dos Vaksin di Negeri Fasa Satu PPN
BACA >>> 15 Penunggang 'Big Bike' Kena Kompaun RM5k Setiap Seorang Sebab Konvoi

Related

605
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aktiviti Permotoran, Auto Terkini, Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), konvoi, SOP Covid-19, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev