• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Mio Gear (2021) Lancar Di Filipina, Harga Mula RM6.3k!

Yamaha Mio Gear (2021) Lancar Di Filipina, Harga Mula RM6.3k!

August 23, 2021 By Shawkath Leave a Comment

418
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

YAMAHA Filipina sudah memperkenalkan skuter baharu Yamaha Mio Gear edisi 2021 yang ditawarkan dengan dua pilihan varian, harga mula 75,900 peso (RM6,392).

Dua varian itu iaitu Gear (model standard) dan Gear S dengan setiap satu hadir bersama dua warna pilihan iaitu Gear dengan Off White (putih) dan Matte Gray (kelabu kusam). Varian Gear S tampil dengan Matte Black (hitam kusam) dan Matte Blue (biru kusam).

Berikut ialah perincian mengenai Yamaha Mio Gear (2021):

  • Yamah Mio Gear dijual pada harga 75,900 peso (RM6,392) manakala varian Gear S berharga 79,900 peso (RM6,729). Skuter itu ialah produk pemasangan tempatan di Filipina (CKD).
  • Gear S ada beberapa ciri tambahan seperti Sistem Henti-Mula (Stop & Start), kunci dengan fungsi Sistem Jawab Balik (Answer Back System) untuk mengesan kedudukan skuter dan pelekat pemantu cahaya.
Yamaha Mio Gear - 0
Yamaha Mio Gear - 15
Yamaha Mio Gear - 2
Yamaha Mio Gear - 11
  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 125cc SOHC 2-injap dengan sistem penyejukan udara, sistem suntikan bahan api, teknologi Blue Core beserta Generator Motor Pintar (Smart Motor Generator - SMG), menghasilkan 9.3hp @ 8,000rpm dan tork 9.6Nm @ 5,500rpm. Transmisi digunakan ialah automatik V-Belt.
  • Siri Mio Gear bersifat lasak berbanding model skuter lain. Ini disebabkan penggunaan panel badan jenis tahan lasak pada sisi skuter. Komponen tidak bercat itu dapat mengurangkan risiko kesan calar semasa parkir ditempat sempit.

  • Lantai skuter kini memaparkan ciri anti-gelinciran dan ada laluan air untuk membantu meningkatkan cengkaman tapak kasut penunggang ketika menunggang dalam cuaca hujan.
  • Lantai kaki skuter dipanjangkan ke belakang untuk menambah keselesaan kaki pembonceng. Peg kaki standard tidak ditanggalkan.
Yamaha Mio Gear - 14
Yamaha Mio Gear - 12
  • Ada soket kuasa 12v untuk mengecas peranti pintar dan sistem cangkuk berkembar iaitu pada panel skuter dan bawah tempat duduk. 
  • Meter digunakan masih analog. Tongkat sisi ada sensor untuk menghalang enjin dihidupkan jika masih belum dinaikkan. 
Yamaha Mio Gear - 10
Yamaha Mio Gear - 17
  • Menggunakan sistem lampu jenis LED dan lampu signal membelok dipisahkan daripada lampu utama serta diposisikan pada kedudukan lebih bawah. Lampu signal belok boleh berkelip serentak sebagai lampu amaran kecemasan.
  • Sistem henti membabitkan jenis cakera tunggal untuk roda depan dan brek dram bagi rim belakang. Rim 14 dibalut tayar 80/80 (depan) dan 100/70 (belakang).
  • Skuter seberat 95kg (varian Gear S 96kg) dipasang tangki minyak 4.2 liter. Ketinggian tempat duduk ialah 750mm manakala jarak roda 1,260mm.

BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Honda Ubah Posisi Asal Butang Hon, Lampu Signal Belok?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Swingarm Motosikal Moden Bengkok?
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Hilangkan Calar Visor Helmet dengan 5 Langkah Mudah
BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?

Yamaha Mio Gear - 4
Yamaha Mio Gear - 5
Yamaha Mio Gear - 6
Yamaha Mio Gear - 9
Yamaha Mio Gear 2021 Warna
Yamaha Mio Gear - 3
Yamaha Mio Gear - 0
Yamaha Mio Gear - 2
Yamaha Mio Gear - 17
Yamaha Mio Gear - 15
Yamaha Mio Gear - 14
Yamaha Mio Gear - 12

SUMBER: Yamaha

Related

418
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Brek Skuter, Skuter 125cc, Yamaha Filipina, Yamaha Mio Gear (2021), Yamaha Mio Gear S (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev