SEORANG individu dikenakan kompaun RM1,500 gara-gara gagal menunjukkan sijil digital vaksinasi lengkap ketika mahu merentas daerah di Perak.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kompaun dikenakan selepas individu berkenaan gagal membuktikan dirinya sudah lengkap menerima dua dos vaksin yang membolehkan dia merentas daerah.
"Individu itu juga tidak membawa telefon bersama bagi menunjukkan bukti lengkap dua dos," katanya.
Sementara itu, kompaun RM1,500 juga dikenakan kepada seorang individu lain yang menjamu selera di sebuah kedai, tetapi masih belum lengkap dua dos vaksin.
Polis Perak mengeluarkan sejumlah 14 kompaun berjumlah RM21,000 ke atas mereka yang merentas daerah tanpa kebenaran sejak 10 Ogos lalu.
Sebanyak 78,703 permit daripada 80,473 permohonan sudah diluluskan antara 5 Julai hingga 19 Ogos 2021. Dalam tempoh sama, sebanyak 1,995 kompaun turut dikeluarkan.
BACA >>> Boleh 'Dine-In' di Restoran, Main Golf Jika Lengkap Dos Vaksin di Negeri Fasa Satu PPN
BACA >>> Kantoi Naik Kereta Lebih Had, 4 Remaja Kena Kompaun RM1.5k Seorang
BACA >>> MB Kedah Sudah Bayar Kompaun RM1,500 Langgar SOP
SUMBER: HarianMetro
Leave a Reply