• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MotoGP Malaysia 2021 Oktober Ini Batal! Misano Jadi Ganti

MotoGP Malaysia 2021 Oktober Ini Batal! Misano Jadi Ganti

August 20, 2021 By Wahid Leave a Comment

468
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PUSINGAN MotoGP Malaysia untuk saingan Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 yang sepatutnya berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disahkan dibatalkan yang juga buat tahun kedua berturut-turut.

Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM)P, Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) dan pengendali MotoGP, Dorna memutuskan membatalkan GP Malaysia di SIC memandangkan kes Covid-19 baharu masih belum dapat dikawal sepenuhnya. Selain itu, peraturan kuarantin ke atas mereka yang memasuki negara ini juga menyukarkan keadaan.

BACA >>> Lorenzo Mahu Lupakan Kisah Sepang 2015, Akui Tidak Bermusuh dengan Rossi
BACA >>> #Videotomotif: Apa Rasa Lenjan Myvi Standard dalam Trek Sepang?

Justeru, pusingan yang dijadualkan berlangsung 22-24 Oktober itu akan digantikan dengan satu lagi pusingan di litar Misano, Itali.

Sebelum ini, pengendali MotoGP turut membatalkan pusingan di Thailand, Indonesia dan Australia atas sebab sama. Thailand, Indonesia dan Malaysia menyaksikan penambahan kes Covid-19 baharu mendadak dalam beberapa bulan lalu-yang belum menampakkan kesudahannya.

Jumlah kes baharu harian di Malaysia dan Thailand masing-masing mencecah rekod baharu lebih 20,000 kes setiap hari. Apapun, kedua-dua negara sedang bertungkus-lumus melancarkan program vaksinasi kepada rakyat  supaya segera dapat mencapai imunisasi kelompok secepat mungkin.

vaksin-malaysia-2
vaksin-thailand

Berita ini pasti menyedihkan ramai peminat MotoGP tanah air dan seluruh dunia walaupun sudah dijangka. Beberapa pengeluar dan pengedar motosikal serta barangan motosikal di Malaysia turut menantikan berita itu. Jika diteruskan juga, jangka masa persiapan adalah terlalu singkat.

Sama-samalah kita berdoa semoga pandemik Covid-19 ini berakhir dengan cepat dan MotoGP akan kembali ke Malaysia tahun depan.

BACA >>> Boleh 'Dine-In' di Restoran, Main Golf Jika Lengkap Dos Vaksin di Negeri Fasa Satu PPN
BACA >>> SRT Jadi Pasukan Bebas MotoGP 2022!

Related

468
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GP Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), MotoGP 2021, MotoGP Malaysia, Sepang, SIC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev