HONDA sudah memberi nafas baharu pada motosikal naked CB1000R tahun ini dan kini, timbul cerita bahawa pengeluar Jepun itu sedang mengusahakan projek lain.
Portal Young Machine mendakwa Honda sedang membangunkan dua model iaitu CB1000X dan CBR1000R. Turut dikongsi ialah foto render kedua-dua model.
Honda CB1000X
- CB1000X ialah sebuah model adventure sport yang direka sebagai pencabar BMW S1000XR atau Ducati Multistrada 1260 S dalam segmen touring sport.
- Bagi tujuan itu, Honda perlu memastikan trenkuasa CB1000X mampu memnyalurkan output kuasa yang lebih serius sekitar 160hp untuk mencabar BMW S1000XR (165hp) dan Ducati Multistrada 1260 S (158hp). Pembangunan trenkuasa kategori Euro5 perlu mengambil kira faktor mesra alam dan kurang bunyi bising.
- Cerita tentang Honda CB1000X mungkin ada asas memandangkan pengeluar Jepun tiu pernah mempertonton satu model konsep CB4X pada pameran EICMA tahun lalu.
- CB4X dibangunkan daripada model naked CB650R dan direka Valerio Aiello. Honda pula sudah mendaftar paten untuk motosikal crossover itu beberapa bulan lalu.
- Ada kemungkinan trenkuasa digunakan ialah milik CB1000R berkapasiti 998cc dengan output kuasa sekitar 145hp.
Honda CBR1000R
- Model render kedua ialah versi sport touring untuk berdepan Kawasaki Ninja 1000SX.
- Mungkin berkongsi trenkuasa sama seperti CB1000X dengan talaan berbeza.
BACA >>> Model Advencer Aras Mula, Honda CB400X (2020) Lancar di Jepun
BACA >>> Honda CB500X (2021) Dilancarkan untuk Pasaran Global, Harga RM29k
BACA >>> Suzuki GSX-S1000T Akan Ganti S1000F Sebagai Super Touring?
BACA >>> #ApaNakBuat: DIY 14 Cara Tukar Coolant Kereta
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Cara Tukarkan Kereta Lama Anda Jadi Kereta Moden
SUMBER: DriverMag | YoungMachine
Leave a Reply