• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Lancar Kereta Sport Z (2023), Anggaran Harga RM169k!

Nissan Lancar Kereta Sport Z (2023), Anggaran Harga RM169k!

August 18, 2021 By Shawkath Leave a Comment

214
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

NISSAN sudah memperkenalkan kereta sport coupe yang ditunggu ramai, Nissan Z sebagai model 2023 dengan majlis debut di Bandar Raya New York di Amerika Syarikat.

Model generasi ketujuh siri Z itu nampaknya ada kesinambungan daripada model konsep Z Proto. Setakat ini, Nissan tidak mengumumkan harga rasmi tetapi sekadar harga anggaran iaitu kira-kira AS$40,000 (RM169,300).

Berikut ialah perincian Nissan Z (2023):

Nissan Z 2023 - 15
Nissan Z 2023 - 16
  • Trenkuasa 3.0 liter V6 turbo berkembar menawarkan kuasa 400hp dan tork 475Nm iaitu tambahan 68hp dan 108Nm berbanding 370Z. Kuasa disalur ke roda belakang.
  • Ada dua pilihan transmisi iaitu manual 6-kelajuan dan automatik 9-kelajuan. Nissan tidak dedah data prestasi pemanduan tetapi Z didakwa lebih pantas masa 15 peratus masa pecutan bagi jarak 100km pertama.
Nissan Z 2023 - 14
Nissan Z 2023 - 13
  • Ada dua varian iaitu Sport dan Performance serta satu opsyen istimewa dipanggil Proto Spec. Semua model menerima gayaan sama seprti Z Proto khususnya bahagian depan, bentuk gril dan lampu retro LED.
  • Lampu belakang LED berbentuk horizontal di sebalik satu panel hitam melintang dan ada peresap hitam berkilat bawah bampar serta dua muncung ekzos.
Nissan Z 2023 - 18
Nissan Z 2023 - 20
  • Varian Performance mendapat tambahan spoiler di belakang dan rim 19 inci seperti Z Porto. Model asas Sport hadir dengan rim 18 inci.
  • Ada sembilan warna badan Nissan merangkumi:
    • Enam pilihan dwitona dengan bumbung hitam iaitu Brilliant Silver (perak), Boulder Gray (kelabu), Seiran Blue (biru), Ikazuchi Yellow (kuning), Passion Red (merah) dan Everest White (putih).
    • Tiga warna tunggal iaitu Black Diamond (hitam), Gun Metallic dan Rosewood Metallic (merah keungguan).
Nissan Z 2023 - 28
Nissan Z 2023 - 26
  • Kabin hadir dengan kombinasi gaya klasik dengan teknologi moden serta bersifat selesa. Kerusi digunakan nampak sama seperti pada sportcar GT-R. Fabrik hitam untuk versi standard dan material kulit bagi  Performance.
  • Bahagian tengah papan pemuka meminjam gaya model 240Z iaitu dipasang meter analog untuk boost turbo, kelajuan turbin turbo dan meter volt. 
Nissan Z 2023 - 22
Nissan Z 2023 - 23
  • Menggunakan dua skrin sesentuh standard 8.0 inci (termasuk depan pemandu). Varian Performance akan hadir dengan skrin sesentuh lebih besar iaitu 9 inci dengan fungsi navigasi dan Wi-Fi.
Nissan Z 2023 - 17
Nissan Z 2023 - 8
  • Opsyen Proto Spec pula membabitkan beberapa ciri unik luaran iaitu  kaliper brek kuning dan rim tembaga RAYS 19 inci. Ruang dalaman menerima material kulit dengan aksen kuning dan kombinasi suede. Nissan mengehadkan Z Proto Spec kepada 240 unit di Amerika Syarikat dan ditawar sebagai opsyen bagi varian Performance.

BACA >>> Nissan GT-R Nismo (2022) - 300 Unit Habis Ditempah Dalam Masa 3 Bulan
BACA >>> Nissan 370Z Milik Paul Walker dalam Filem Fast Five Dilelong RM428k!
BACA >>> Jepun Perkenal Nissan Note Aura (2021), Hatchback Hibrid yang Tak Mahal Sangat!
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Bau Kereta Baharu yang Perlu Anda Tahu, Bukan Aromaterapi!

Nissan Z 2023 - 6
Nissan Z 2023 - 5
Nissan Z 2023 - 2
Nissan Z 2023 - 3
Nissan Z 2023 - 0
Nissan Z 2023 - 1
Nissan Z 2023 - 4
Nissan Z 2023 - 7
Nissan Z 2023 - 8
Nissan Z 2023 - 9
Nissan Z 2023 - 11
Nissan Z 2023 - 10
Nissan Z 2023 - 21
Nissan Z 2023 - 12
Nissan Z 2023 - 13
Nissan Z 2023 - 14
Nissan Z 2023 - 15
Nissan Z 2023 - 17
Nissan Z 2023 - 16
Nissan Z 2023 - 18
Nissan Z 2023 - 20
Nissan Z 2023 - 24
Nissan Z 2023 - 25

Related

214
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Nissan 370Z, Nissan Coupe Sport Z (2023), Nissan Japan, Nissan Z 2023, Nissan Z Generasi Ketujuh, Nissan Z Porto

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev