• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Darryn Binder Uji Yamaha R1, Calon SRT Musim Depan?

Darryn Binder Uji Yamaha R1, Calon SRT Musim Depan?

August 18, 2021 By Shawkath Leave a Comment

469
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA Petronas Sprinta Moto3, Darryn Binder, yang juga adik kepada pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Brad Binder, kini dikaitkan sebagai calon paling sesuai untuk mewakili pasukan SRT dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2022.

Darryn dipercayai akan berhijrah terus ke kelas premier dari Moto3. Malah dia dikatakan sudah menguji superbike Yamaha R1 di bekas Litar Grand Prix Czech di bandar Brno, Republik Czech.

SRT memerlukan khidmat dua pelumba untuk musim 2022 selepas pelumba sedia ada, Franco Morbidelli akan berhijrah ke kem pasukan pengilang Yamaha musim depan bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Maverick Vinales.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Yamaha Larang Vinales Berlumba di Austria?
BACA >>> Vinales Sah Sertai Aprilia MotoGP Musim 2022


Pelumba kedua SRT, Valentino Rossi pula mahu bersara akhir musim ini, tetapi tempatnya masih tiada pengganti. Ujian SRT bertambah berat apabila Petronas mengambil keputusan untuk tidak lagi menjadi penaja induk pasukan satelit itu bermula musim depan.

Sebelum nama Darryn menjadi sebutan, ada desas-desus mengatakan rookie Moto2, Raul Fernandez ialah pilihan pertama SRT. Bagaimanapun, dia terlebih dahulu diikat kontrak dua tahun dengan KTM untuk menyertai pasukan Tech3.

Anak didik Rossi, Marco Bezzecchi juga timbul sebagai pilihan seterusnya, tetapi pelumba muda Itali itu akan membuat debut MotoGP bersama pasukan baharu VR46 Ducati musim depan.

SRT mendakwa pasukan itu akan mengumumkan rancangan 2022 di GP Britain minggu depan.

Jika Darryn dilamar SRT untuk 2022, dia akan menjadi pelumba kedua berpindah terus dari Moto3 ke MotoGP selepas Jack Miller pada 2015. Kita tunggu pengumuman Prinsipal SRT, Datuk Razlan Razali.

BACA >>> PETRONAS sah tamatkan kerjsama dengan SRT dalam MotoGP
BACA >>> Takut Disambar Petronas SRT, Yamaha, KTM Bakal Hantar Fernandez ke Tech3 Musim Depan

SUMBER: Motorsport | Twitter

Related

469
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: darryn binder, Datuk Razlan Razali, Jack Miller, marco bezzecchi, Moto3, petronas Sprinta Moto3, Petronas Sprinta Racing, VR46 Ducati

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev