• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Eropah Lancar Kawasaki Z900RS SE (2022) dengan Warna 'Yellow Ball'

Eropah Lancar Kawasaki Z900RS SE (2022) dengan Warna 'Yellow Ball'

August 18, 2021 By Wahid 1 Comment

538
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Eropah melancarkan Kawasaki Z900RS SE (2022) selepas pelancaran Z900RS (2022) (standard) pada Jun lalu.

Lencana 'SE' yang digunakan scrambler Kawasaki itu membawa maksud 'Special Edition' (Edisi Khas) dengan menampilkan beberapa ciri eksklusif dan speasifikasi seperti berikut:

BACA >>> Ducati Scrambler Nightshift Lancar di Malaysia, Harga RM65.9k!
BACA >>> Lifan Hunter 125 Jelmaan Ducati Scrambler Icon Kini di Thailand, Harga RM7.2k

  • Menampilkan Skema warna hitam-kuning, dipanggil 'Yellow Ball'. Warna ini sebenarnya mula diperkenalkan pada model Z1 klasik 70-an dengan nama 'Fireball'.
  • Ciri SE bukan saja terhad kepada warna. Brek depan menggunakan dwi-cakera semi-apung 300mm dengan  dwi-kaliper radial Brembo M4 monoblok 4-piston, manakala brek belakang jenis cakera tunggal 250mm dengan kaliper 1-piston.
  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) 41mm dengan damper mampatan dan lantunan (rcompression and rebound) dan boleh laras penuh (depan), manakala belakang jenis monoshock horizontal back-link Öhlins, juga boleh laras prabeban.
  • Trenkuasa dijana enjin 4-lejang 4-silinder sebaris 16-injap  948cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi tsuntikan bahan api (FI) yang diadaptasi daripada naked bike Kawasaki Z900 dan ditala untuk tork lebih kuat pada rev lebih rendah.
  • Menghasilkan kuasa 109hp @ 8,500rpm dan tork 98.5Nm @ 6,500rpm, berbanding kuasa daripada enjin Z900 (123hp @ 9,500rpm, dan tork 98.6 Nm @ 7,700rpm).
  • Frem trellis keluli tegangan tinggi.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan jenis basah multi-cakera.
  • Tinggi pelana 845mm, kapasiti tangki petrol 17 liter, berat kerb 215kg dan jarak lega bumi 140mm.
  • Antara teknologi moden dibekalkan ialah:
    • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) - Mengelak roda terkunci ketika membrek mengejut.
    • Klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) - memudahkan anjakan transmisi
    • Kawasaki Traction Control (KTRC) 1-mod - Sistem kawalan cengkaman roda untuk menghalang menggelincir
    • ERGO FIT - sistem antaramuka menerusi pengurusan casis yang membolehkan semua penunggang rasa seperti bersatu dengan jentera dari segi pelarasan bar hendal, pelana dan peg kaki.
    • Dwi-injap terotel - untuk ekstra kuasa dan indikator Eco untuk menggalakkan penunggang tunggangan secara ekonomi
  • Tema warna ini hanya dilancarkan di Eropah. Kami mengharapkan ia turut dijual di negara lain kelak. Harga belum didedahkan, tetapi dijangka dijual lebih £11,349 (RM66,080).

BACA >>> Kawasaki Z900 (2020) Kini dengan Lima Warna Baharu
BACA >>> Kawasaki Japan Perkenal Warna Baharu untuk Z900RS, dan Z900RS Café (2020)

kawasaki-z900-rs-eu-2022-3
kawasaki-z900-rs-eu-2022-1
kawasaki-z900-rs-eu-2022-2
kawasaki-z900-rs-eu-2022-4

Related

538
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki EU, Kawasaki Z900RS SE (2022)), roda2, scrambler

Comments

  1. Jan says

    August 18, 2021 at 8:50 PM

    motor idaman kini lebih mengancam. tapi lagi best kalau SE version ni didatangkan dengan warna Blue Candytone

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev