• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Tempahan Lexus RC 350 Luxury & RC F Kini Dibuka

BERITA AUTO: Tempahan Lexus RC 350 Luxury & RC F Kini Dibuka

September 6, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

05LEXUS Malaysia kini sudah membuka tempahan bagi model terbaharunya, Lexus RC bermula 5 September di kesemua pengedarnya seluruh negara. Hadir dalam dua varian iaitu Lexus RC 350 Luxury dan RC F, ia masing-masing dijual pada harga RM537,865 dan RM794,221 bagi Lexus RC F (harga atas jalan termasuk insurans.

21 (1)Menyentuh aspek prestasi, kedua-dua varian ini dipadankan dengan kotak gear automatik 8-kelajuan. Bagi varian RC 350 Luxury, ia dijana unit enjin DOHC V6 bersesaran 3.5L yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 312hp pada 6,400rpm dan tork puncak 378Nm (4,800rpm). Dari keadaan statik hingga 100kmj, ia hanya mengambil masa 6.3 saat dengan kelajuan maksimum 230kmj.

Manakala Lexus RC F pula hadir dengan enjin yang lebih berkuasa dan mengagumkan. Hasil padanan enjin V8 bersesaran 5.0L, ia menghasilkan kuasa mencecah 470hp pada 7,100rpm dan tork 530Nm (4,800 hingga 5,600rpm). Dengan kelajuan maksimum 270kmj, ia hanya memerlukan 4.5 saat untuk mencapai 100kmj.

19Aspek rekabentuk, kedua-duanya memiliki sosok badan yang manarik dan mantap. Bagi RC 350 Luxury, ia menampilkan lampu utama LED, rim aloi bersaiz 18 inci, tempat duduk separa kulit, sistem audia Mark Levinson Premium Surround dengan 14 pembesar suara beserta slot DVD.

Bagi varian RC F pula, ia disematkan dengan sistem audio Mark Levinson bersama 17 pembesar suara, rim aloi bersaiz 19 inci, suspensi Sachs F, roda stereng F, tempat duduk sport F dan banyak lagi.

Maklumat lanjut berkaitan Lexus dan promosi, anda boleh kunjungi pusat pameran berdekatan. Sehingga kini, Lexus Malaysia sudah memiliki tujuh pusat pameran iaitu di Mutiara Damansara, Pulau Pinang, Johor Bahru, Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Kuching, dan Ipoh.

15  14  13  10

2-001  5  21  16

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Lexus Malaysia, Lexus RC, Lexus RC 345 Luxury, Lexus RC F, Mark Levinson Premium Surround, Tempahan Lexus RC dibuka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev