• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Patutlah Tak Ada Air, Rupanya Kontraktor Projek Lebuh Raya Curi Air!

Patutlah Tak Ada Air, Rupanya Kontraktor Projek Lebuh Raya Curi Air!

August 17, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MISTERI gangguan air secara tidak berjadual yang dialami 60 akaun pengguna di kawasan Ampang akhirnya terungkai. Rupa-rupa ada kontraktor lebuh raya di Ampang Jaya membuat sambungan paip secara haram.

Khabarnya, air ‘percuma’ itu disalurkan ke kawasan berkenaan untuk operasi dan aktiviti harian dipercayai membabitkan projek pembinaan di lokasi sama.

Kisah itu dikongsikan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di laman Facebook selepas melakukan risikan dan meneliti maklumat orang ramai. Hasil ujian klorin di lokasi kejadian mengesahkan bekalan air terawat itu adalah bersumberkan air milik Air Selangor.

BACA >>> Kren Projek Lebuh Raya SUKE Tumbang, Dua Pekerja Maut, Pemandu Bezza Parah
BACA >>> #RetroAuto: Lebuh Raya Tol Pertama Malaysia Mula di Slim River, Bukan KL
Kontraktor disyaki curi air Ampang - 0
Kontraktor disyaki curi air Ampang - 1

Akhbar Sinar Harian pula melaporkan serbuan malam hari dilakukan Bahagian Penguatkuasaan SPAN Ibu Pejabat dan pihak pengurusan Air Selangor.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 125 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Notis pemberitahuan kesalahan sudah dikeluarkan kepada pihak kontraktor terlibat. Pada masa sama, operator sedang berusaha membaik pulih sistem bekalan air terjejas.

Jika ada maklumat aktiviti curi bekalan air bersih termasuk penyambungan secara tidak sah, laporan boleh dibuat menerusi talian 013-388 5000 atau e-mel kepada [email protected]
BACA >>> Filipina Buka Skyway Stage 3, Bakal Jadi Lebuh Raya Bertingkat Terpanjang Dunia
BACA >>> #TahukahAnda: Mangsa Kemalangan Boleh Saman Syarikat Lebuh Raya?

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Air Selangor, Auto Terkini, Curi Air, Kontraktor Curi Air, Lebuh Raya Ampang, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev