• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Vinales Sah Sertai Aprilia MotoGP Musim 2022

Vinales Sah Sertai Aprilia MotoGP Musim 2022

August 16, 2021 By Shawkath Leave a Comment

178
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAVERICK Vinales secara rasmi akan menyertai pasukan Aprilia bagi musim MotoGP 2022 yang dijangka mampu membantu pasukan Itali itu mengakhiri penantian podium kemenangan.

Perjanjian mengikat Vinales itu agak mengejutkan banyak pemerhati memandangkan juara podium pertama sembilan kali MotoGP itu adalah pelumba kedua dibayar gaji tertinggi selepas Marc Marquez.

Vinales akan menyertai bekas rakan sepasukan Suzuki, Aleix Espargaro yang mencatat kejayaan terbaik dengan menamatkan perlumbaan dua kali di tempat keenam menggunakan jentera Aprilia RS-GP setakat musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Aprilia Racing, Massimo Rivola berkata;

Kami amat gembira mengumumkan kami sudah mendapatkan Maverick Vinales, seorang pelumba tahap tinggi dan salah satu bakat tulen dalam kelas premier.

“Projek kami kini ditambah baik dengan nilai dibawa Maverick semasa melakukan pembaharuan besar, selepas penambahbaikan menyeluruh motosikal di litar dan berdepan perubahan status menjadi pasukan pengilang."

Pada 26 Jun lalu di Assen, kecoh berita Vinales keluar dari Yamaha walaupun masih mempunyai kontrak dua tahun.

BACA >>> SAH! Vinales Berpisah dengan Yamaha, Anggap Setiap Perlumbaan Bagai Mimpi Ngeri
BACA >>> Tentang Rossi: Quartararo, Vinales dan Crutchlow Beri Pandangan

Vinales nampak seakan hilang keyakinan terhadap semua solusi teknikal Yamaha selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu sepanjang menggunakan jentera YZR-M1 musim ini dengan purata dua kemenangan dalam semusim.

BACA >>> VR46 Versi Sepanyol? Akademi Vinales Sertai WorldSSP 300

SUMBER: CrashNet

Related

178
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Aleix Espargaro, Aprilia, Marc Marquez, Maverick Viñales, MotoGP 2022, Vinales

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev