• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kes Pesakit COvid-19 Ke Jabatan Kecemasan HKL Catat Pengurangan Ketara

Kes Pesakit COvid-19 Ke Jabatan Kecemasan HKL Catat Pengurangan Ketara

August 16, 2021 By Azhan O Leave a Comment

416
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HOSPITAL Kuala Lumpur (HKL) mencatatkan penurunan ketara kes pesakit Covid-19 di Jabatan Kecemasan sejak sebulan laolu, terutama seminggu kebelakangan ini, kata Pengarah HKL, Dr Rohana Johan, semalam.

Menurutnya, jika dibandingan bulan lalu, tren kemadukan pesakit Covid-19 yang masuk melalui Jabatan Kecemasan menunjukkan penurunan.

BACA >>> SIRIM Bantu Hasilkan Vaksin Buatan Malaysia

hospital-kuala-lumpur-hkl-1
hospital-kuala-lumpur-hkl-2

"Kalau sebulan dulu, kes-kes kecemasan yang menunggu untuk kemasukan ke wad lebih 200 orang, sekarang setakat hari ini, hanya tinggal sekitar 20 orang sahaja," katanya.

Dr Rohana yakin kerjasama rakyat dalam pengambilan vaksin, melakukan kawalan kendiri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menyumbang kepada trend penurunan tersebut.

Beliau berkata, kes-kes kategori lima yang memerlukan bantuan pernafasan juga menunjukkan trend penurunan ketara, terutama dalam kalangan individu yang sudah lengkap divaskin.

BACA >>> #SembangDeras: Ambulans Langgar Persona, Siapa yang Bersalah?

BANYAK KES MELIBATKAN PESAKIT TIDAK DIVAKSIN

sektor-pengangkutan-vaksin-1
sektor-pengangkutan-vaksin-bg

Walaupun masih ada lagi kes yang memerlukan bantuan pernafasan, tetapi jumlah tinggi dilihat dalam kalangan individu tiada sejarah vaksinasi. Lebih melegakan, keadaan terkini itu memberikan sedikit ruang kepada petugas barisan depan untuk berehat dan merawat pesakit dengan lebih tenang.

Trend penurunan tersebut dijangka berterusan dengan kerjasama seluruh rakyat. Dr Rohana turut mengucapkan terima kasih kepada pihak terbabit termasuk inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV) serta hospital swasta yang sedia menerima pesakit bukan COVID.

Tinjauan mendapati dua wad yang sebelum ini dikhaskan merawat pesakit Covid-19 tahap tiga kini kembali dijadikan wad merawat pesakit bukan Covid-19 zon kuning sejak seminggu lalu.

Difahamkan wad yang mampu menempatkan 30 orang pada satu-satu masa itu pernah dihuni 70 pesakit Covid-19 dengan dilengkapi katil kanvas sementara.

Kini katil kanvas itu diletakkan di satu sudut dalam keadaan siap siaga jika diperlukan, begitu juga puluhan tangki oksigen dan ventilator. Katil-Katil kosong juga dapat dilihat di dua wad isolasi yang menempatkan pesakit Covid-19 tahap 4 dan 5 serta yang memerlukan bantuan pernafasan.

Sebelum ini, Pakar Anestesiologi di HKL, Dr Hana Hadzrami berkongsi kelegaan apabila kes rujukan dari Jabatan Kecemasan ke Unit Rawatan Rapi hospital itu yang membabitkan pesakit Covid-19 kritikal semakin berkurangan.

“Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap. Samar-Samar tapi penuh harapan,” katanya dalam satu kemas kini di laman Facebook.

BACA >>> Treler Cub Prix Ubah Suai Jadi PPV untuk Program Vaksin
BACA >>> Esok Negeri Fasa 1 Sudah Boleh Gunting Rambut, Cuci Kereta, Tapi Wajib Lengkap 2 Dos Vaksin

SUMBER: Bernama

Related

416
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, HKL, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Pesakit Covid-19

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev