• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Piaggio Group Mencanak Naik 36.5 Peratus Sepanjang Penggal Pertama 2021

Jualan Piaggio Group Mencanak Naik 36.5 Peratus Sepanjang Penggal Pertama 2021

August 19, 2021 By Wahid Leave a Comment

240
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PIAGGIO Group yang berpangkalan di Itali mencatatkan kenaikan jualan 36.5 peratus untuk penggal pertama tahun ini berbanding tampoh masa sama tahun lalu (2020).

Sebagai syarikat induk kepada jenama besar seperti Aprilia, Moto Guzzi, Piaggio dan Vespa, Piaggio Group berjaya menjual 242,800 unit motosikal seluruh dunia setakat 30 Jun tahun ini, berbanding 163,000 unit dalam enam bulan pertama 2020. Jumlah tersebut bertambah 49 peratus.

BACA >>> Tak Pernah Dibuat Orang, Wheelie Vespa Sambil Bawa Telur Atas Sudu

Angka jualan itu menunjukkan perkembangan positif, iaitu sebanya €761 juta (RM 3.76 bilion)  berbanding €467.6 (RM2.31 bilion) tahun lalu, dan turut melibatkan jualan alat ganti dan aksesori yang meraih €69.5 juta (RM344 juta).

Antara pasaran yang menunjukkan pertambahan ketara ialah China (90 peratus), Asia Pasifik (66 peratus), Itali (50 peratus), dan Eropah (25 peratus). Pasaran India juga menunjukkan pertambahan walaupun negara itu sedang menjalani perintah kawalan pergerakan akibat pandemik Covid-19. Pasaran  Amerika Syarikat juga mencatatkan peningkat jualan dua kali ganda.

Jenama Vespa dan Piaggio menunjukkan jualan paling laris dengan pertambahan jualan lebih 50 peratus.

Selain itu, jenama Aprilia juga menjual banyak motosikal berikuta pengenalan model menarik seperti RS660, Tuono 660, RSV4 dan Tuono V4. Kemunculan Tuareg 660 nanti dijangka menambahkan lagi jualan Aprilia.

BACA >>> Aprilia RS660 (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM59.9k
BACA >>> Aprilia Lancar Tuono V4, Tuono V4 Factory (2021), Kuasa 175hp
BACA >>> Aprilia Tuareg 660 (2022) Didedahkan, Advencer Minimalis dengan DNA Tradisi

Moto Guzzi turut merekodkan jualan dan perolehan terbesar dalam sejarah jenama itu. Antara model paling laris ialah barisan model V7 dan V85TT.

BACA >>> Moto Guzzi V7 (2021) Lancar, Masih Retro dengan Enjin 65hp, 72.9Nm
BACA >>> Moto Guzzi V85TT - Enduro Klasik Kini Ada untuk Peminat Malaysia, Harga Mula RM78k

Related

240
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aprilia, Auto Global, Auto Terkini, Jualan Piaggio Group 2021, Moto Guzzi, Piaggio, Piaggio Group, Piaggio Italy, Vespa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my