• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MMM Tambah Sumbangan Bantu Petugas Barisan Hadapan Lawan Wabak Covid-19

MMM Tambah Sumbangan Bantu Petugas Barisan Hadapan Lawan Wabak Covid-19

August 12, 2021 By Shawkath Leave a Comment

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) tetap meneruskan usaha menyalurkan pelbagai jenis bantuan untuk membantu negara dan barisan hadapan memerangi pandemik Covid-19.

Hari ini, syarikat itu memberi pinjam tiga unit kenderaan Mitsubishi iaitu sebuah trak pikap Triton dan dua unit kenderaan utiliti sukan (SUV) tujuh tempat duduk Outlander kepada Mercy Malaysia. Ketiga-tiga kenderaan itu akan menjadi mod pengangkutan membantu pasukan barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Selain itu, MMM juga memberi sumbangan RM20,000 kepada Mercy Malaysia untuk pembelian 400 unit sut Tyvek keperluan pasukan barisan hadapan. Sumbangan itu diagih kepada tiga Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Melawati, Stadium Jugra dan Klinik Kesihatan Gombak Setia.

BACA >>> Mitsubishi Malaysia Sumbang Trak Triton 4x4, Bantu Usaha Amal INSAF Malaysia

Syarikat juga membeli barangan pelbagai keperluan bernilai RM43,000 untuk diserahkan kepada sebuah pusat CAC di Hulu Langat, Selangor. Ini termasuk khemah, meja, kerusi, unti penyaman udara mudah alih, penghadang kawalan barisan serta gulung dawai tugas-berat. CAC Hulu Langat yang dibantu MMM mampu menempatkan 400 pesakit sehari.

Sumbangan kewangan pulan akan membantu petugas kesihatan menjalankan saringan lebih ekstensif pembawa virus Covid-19, pengesanan kontak rapat, pengasingan dan penjagaan pesakit.

BACA >>> Mitsubishi Malaysia Sumbang Tunai, Komputer Riba kepada Golongan Memerlukan

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata:

“Walaupun perniagaan utama kami ialah menghasilkan kenderaan, kami komited menjalankan tanggungjawab untuk memastikan negara dan rakyat negara ini berada dalam keadaan selamat.

“Kenaikan kes dan impak pandemik Covid-19 membawa kepada tekanan emosi dan stress dalam kalangan petugas barisan hadapan, khususnya petugas kesihatan di Malaysia.

“ Kami akan terus berkomunikasi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) utama dan institusi awam untuk melihat bagaimana Mitsubishi Motors boleh beri sumbangan.

“Pandemik ini adalah masa paling mencabar kita semua hadapi sebagai sebuah negara dan kita mesti meningkatkan usaha dan beri sokongan yang diperlukan apatah lagi semasa kes jangkitan semakin tinggi. Kami berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa kenal erti penat untuk kita semua.”

BACA >>> Betul Ke Hujung Tahun Baru Boleh Balik Kampung?
BACA >>> Jualan Mitsubishi Malaysia Terus Naik Sepanjang April 2021, Xpander Paling Laris
BACA >>> Tomoyuki Shinnishi CEO Baharu MMM Berkuatkuasa 20 Oktober 2016
BACA >>> Mitsubishi Malaysia Lancar Bilik Pameran Maya, Boleh Beli Kereta dari Sofa Rumah Anda
BACA >>> Mitsubishi Triton Athlete (2021) Lancar! Ganti Adventure X, Harga RM141k
BACA >>> Mitsubishi Dedah Hasrat Hidupkan Semula Jenama Ralliart Selepas 11 Tahun

Related

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Klinik Kesihatan Gombak Setia, Mercy Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Stadium Jugra, Stadium Melawati, Tomoyuki Shinnishi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev