• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Perlukah Ambil Kira Faktor Jenama Sebelum Beli Kereta Baharu?

Perlukah Ambil Kira Faktor Jenama Sebelum Beli Kereta Baharu?

August 11, 2021 By Shawkath Leave a Comment

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ADA individu akan mengambil kira jenama sebelum membeli sesebuah kenderaan. Mungkin dia memiliki tahap kesetiaan yang cukup tinggi dan mungkin juga kerana mahu menyokong pengeluar automotif kegemarannya.

Ada pula yang tidak peduli langsung tentang aspek setia, tetapi membuat keputusan mengikut aspek prestasi dan ciri ditawarkan sesebuah kereta. Hal jenama belakang kira.

Pentingkah Ambil Kira Soal Jenama?

  • Ya, jenama itu memang salah satu aspek penting yang harus diambil kira. Bukan bermaksud beli kereta demi populariti atau mahu ‘tumpang trend’.
  • Jenama kenderaan itu penting sebab ia menggambarkan sejarah dan reputasi sesebuah syarikat automotif termasuk kejayaannya. Perlu diingatkan, reputasi di sini merujuk terus kepada pengeluar.
  • Bukan stereotaip, stigma masyarakat atau label buruk tertentu yang diberi terhadap sesuatu model kereta hanya kerana sikap atau tingkah laku individu yang menimbulkan masalah di jalan raya.
  • Jika mampu bezakan dua aspek ini, anda sebenarnya boleh buat keputusan pembelian yang lebih bijak.

Mula Kumpul Maklumat

  • Sebelum membeli kereta baharu, luang sedikit masa untuk membuat kajian. Anda boleh menyertai forum atau masuk ke grup Facebook yang disertai pemilik kenderaan sama. 
  • Selain itu, anda boleh baca pandu uji, prebiu, perbandingan antara model dan analisis portal permotoran tempatan dan antabangsa. Ini boleh memberi input dari beberapa sudut pengalaman orang berbeza.
  • Jangan terus memilih model yang sedang hangat diperkatakan kerana mungkin baru dilancarkan atau bakal diperkenalkan. Trend hangat seperti itu sentiasa berubah dan akan hilang.
  • Lihat pada bagaimana jenama sesebuah kenderaan itu beroperasi ketika bukan waktu hangat dan jangan mudah percaya sesuatu cerita negatif 100 peratus. Selidik dulu.

Apa Perlu Diambil Kira?

pusat-servis-bnp-perodua-lanjut-operasi-bg
pusat-servis-toyota-pkp-bg
  • Sejarah jenama atau kewujudan syarikat dalam industri mungkin boleh jadi sebagai poin utama dalam membuat penyelidikan. Cuma, jangan memandang serong jenama baharu di pasaran kerana ada pengeluar boleh mencipta produk bagus, contohnya Tesla atau Geely.
  • Kewujudan sesuatu jenama di negara sendiri. Ini penting kerana anda boleh menilai hubungan yang terbentuk sesuatu jenama dan pelanggan tempatan.
  • Kos penyelenggaraan, servis selepas jualan dan mudah atau tidak dapat alat ganti. Ramai pemilik kenderaan sebenarnya menyesal kemudian hari kerana terlepas pandang tiga perkara ini.
  • Beli kereta yang mampu anda tanggung. Ini bukan hanya bayaran komitmen bulanan tetapi perlu ambil kira faktor lain seperti kos perbelanjaan minyak petrol, tol, penyelenggaraan berjadual dan tidak berjadual, cukai jalan dan insurans.
  • Tempoh jaminan pengilang dan jarak perbatuan ditawarkan. Ada pengeluar menawarkan tambahan tempoh dengan cas tertentu.
  • Panggilan balik. Jika sesuatu model itu agak kerap dipanggil balik disebabkan berlainan masalah, mungkin anda boleh timbang produk lain.
  • Tanya pendapat rakan atau keluarga? Boleh tetapi pastikan keputusan pembelian akhir adalah daripada diri sendiri. Bayaran bulanan itu anda tanggung, bukannya kawan-kawan.
  • Pandu uji sendiri. Jika ada kesempatan, berkunjung ke beberapa bilik pameran atau acara yang menyediakan sesi pandu uji.

BACA >>> Perlukah Beli Kereta Ada Lampu Kabus?
BACA >>> Kajian: Pembeli Kereta Setia dengan Satu Jenama, Terutama Model Sama Dikemas Kini
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Bau Kereta Baharu yang Perlu Anda Tahu, Bukan Aromaterapi!
BACA >>> Kajian: Kereta Putih Paling Popular di Dunia untuk 10 Tahun Berturut-Turut
BACA >>> Harga Kereta Proton Turun di Pakistan, Jimat Sampai RM2.6k!

SUMBER: AutoDeal

Related

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Beli Kereta Ikut Jenama, Faktor Jenama dan Pembelian Kereta, Jenama Kereta, Roda 4, Sokong Konsep Jenama Kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev